intai | ; mengintai melihat dgn bersembunyi-sembunyi utk mengetahui gerak-geri orang dll: Siapa yg ~ aku mandi tadi? pengintai orang yg mengintai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
intai | ; mengintai melihat dgn bersembunyi-sembunyi utk mengetahui gerak-geri orang dll, mengintip, memata-matai: ia ~ dr celah-celah dinding; kapal terbang melayang-layang di udara ~ kapal selam; mengintaikan, mengintai-intaikan mengamat-amati, memerhati, memata-matai: sudah lama kami intaikan, tuan bertambah kaya dgn barang larangan semacam ini; pengintaian 1. perihal mengintai; 2. tempat mengintai; pengintai orang yg mengintai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intai(peek) | Tindakan pengatur cara meneliti kandungan mana-mana kedudukan ingatan di dalam storan atau fail komputer. | Kamus Komputer |
intai | mengintai melihat dgn bersembunyi-sembunyi utk mengetahui gerak-geri orang dll: Siapa yg ~ aku mandi tadi pengintai orang yg mengintai. | Kamus Pelajar |
subuk | Br 1. intai; 2. tilik; menyubuk 1. mengintai; 2. menilik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengakap | meronda, mengamat-amati, mengintai-intai, memata-matai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkindap-kindap | kian ke mari mengintai-intai (spt orang mencari-cari atau melihat-lihat sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kakap III | ; mengakap meronda, mengamat-amati, mengintai-intai, memata-matai; pengakap 1. peronda, peninjau; 2. pandu laki-laki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kindap | Kl; terkindap-kindap kian ke mari mengintai-intai (spt orang mencari-cari atau melihat-lihat sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tinjau I | ~ karang sj anjung di perahu (utk melihat-lihat batu karang di laut); bertinjau-tinjauan tinjau-meninjau; meninjau 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, meng-intai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, mengkaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; duduk meraut ranjau, tegak ~ jarah prb tidak berhenti-henti bekerja dgn teliti; meninjau-ninjau datang atau berkunjung utk mengetahui, mencari, melihat, mengenal pasti dsb sesuatu yg belum pasti kedapatannya: kemudian mereka ~ kampung di sini kalau-kalau boleh ditubuhkan cawangan baru; puas lelaki itu ~ di luar jendela, namun tiada siapa pun yg kelihatan; tinjau-meninjau 1. saling meninjau (lihat-melihat dll); 2. mengamat-amati ke sana ke mari, mengawasi-awasi, berwaspada; tinjauan 1. perbuatan meninjau: sebelum membuat kesimpulan harus dijalankan suatu ~ utk mengetahui pendapat umum; 2. hasil drpd meninjau, pandangan; peninjauan 1. perihal meninjau; 2. tempat yg digunakan utk kerja meninjau; peninjau orang yg meninjau; pesawat ~ Id kapal terbang pengintip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |