interaksi | tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak balas antara dua pihak atau lebih: Komunikasi ialah proses perhubungan atau ~ di kalangan individu. berinteraksi bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain: Pertemuan itu memberi peluang kpd yg hadir utk ~ serta bertukar-tukar fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
interaksi | tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk ~ serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekosistem | (ékosistem) sistem yg melibatkan interaksi antara suatu komuniti (haiwan, tumbuhan, dsb) dgn alam persekitarannya yg tidak bernyawa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergantung(hang-up) | Keadaan terhentinya interaksi dengan komputer semasa perjalanan atur cara. Pengguna tidak dapat menggunakan peranti input atau output apabila keadaan ini berlaku dan komputer biasanya perlu diset semula. | Kamus Komputer |
fotokimia | cabang kimia yg berkaitan dgn interaksi tenaga sinaran dgn proses-proses kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunikasi(communication) | 1. Pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. 2. Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa. | Kamus Komputer |
seni bina komputer(computer architecture) | Struktur jasmani komputer, seperti cara penyambungan, antara muka pengendalian dalaman, bentuk interaksi, dan kaitan di antara komponen. | Kamus Komputer |
verbal | bp secara lisan: ramai yg menguasai bahasa isyarat dan dapat berinteraksi dgn baik walaupun tidak banyak interaksi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insaniah | Ar berkaitan dgn manusia, bersifat kemanusiaan: faktor ~ atau akhlak harus dikaitkan dlm falsafah pendidikan; sesebuah karya tidak terhasil dlm kekosongan, tetapi sebaliknya melalui proses interaksi alamiah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |