interaktif | 1 saling bertindak, berhubung dsb antara satu sama lain: Berbagai-bagai maklumat diberikan termasuklah maklumat ~. 2 membolehkan pengaliran maklumat dua hala yg berterusan antara komputer dgn penggunanya, atau antara pengguna dgn pengguna melalui komputer: Program itu membabitkan sistem ~ antara pelajar dgn pensyarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
interaktif | 1. saling bertindak, berhubung, dsb antara satu sama lain: bengkel itu dapat mewujudkan suasana ~ bagi menjalin hubungan antara penggubal dasar, badan pengawalan dan industri; 2. (Komp) membolehkan pengaliran maklumat dua hala yg berterusan antara komputer dgn penggunanya, atau antara pengguna dgn pengguna melalui komputer: peringkat ketiga pula membabitkan sistem ~ antara pelajar dgn pensyarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikon | 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sistem | 1 cara atau kaedah melakukan sesuatu; cara yg teratur utk melakukan sesuatu; pendapat yg teratur dan tersusun baik-baik yg dijadikan pegangan: ~ pendidikan; ~ pemerintahan demokrasi. 2 kumpulan beberapa bahagian atau alat yg sama-sama bekerja utk tujuan yg satu: ~ urat saraf. ~ saraf pusat kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. ~ interaktif ist sistem yg membolehkan pengguna berhubung terus dgn atur cara komputer yg sedang dijalankan, iaitu yg melibatkan komunikasi dua hala. ~ pengendalian cakera ist perisian utama yg mengawal pengendalian sistem yg dimuatkan ke dlm cakera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |