Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian yg terpenting (terutama) dlm sesuatu perkara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
inti (kata nama)
Bersinonim dengan isi, ramuan.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
inti patibahagian yg terpenting (terutama) dlm sesuatu perkara.Kamus Dewan Edisi Keempat
zat2 pati atau inti drpd sesuatu (spt makanan dll).Kamus Pelajar
zat1. sesuatu yg menyebabkan wujudnya sesuatu benda; 2. bahagian drpd sesuatu benda, pati atau inti drpd sesuatu (spt makanan dll); ~ Allah wujudnya Allah yg berdiri dgn sendirinya; ~ hijau klorofil; ~ makanan vitamin; berzat mengandungi zat: makanan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
isi1. sesuatu yg termuat dlm sesuatu benda, kandungan: apakah ~ bakul itu?; berapa gelen ~ tong itu?; ~ surat; 2. inti sari, pati: dlm puisi ~ atau erti itu sama pentingnya dgn keindahan luar; ia cuba mengingat-ingat ~ bualan tadi; 3. bahagian (pd buah dll) yg bukan biji (yg dikandung oleh kulit): ~ durian ini tebal dan manis pula rasanya; ~ dada (hati, perut) perasaan atau fikiran; ~ kahwin mas kahwin (pemberian drpd bakal suami); ~ kampung (negeri dsb) penduduk kampung (negeri dsb); ~ perut a) kandungan dlm perut (badan manusia dll); b) segala yg tersimpan dlm hati (perasaan, fikiran, dsb); ~ rumah seluruh penghuni rumah; ~ lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita prb orang lain mendapat senangnya, kita mendapat susahnya; bagai ~ dgn kuku prb perihal persahabatan yg sangat karib; seisi seluruh isi; ~ negeri seluruh isi negeri; ~ rumah seluruh isi rumah; berisi 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; mengisi menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; ~ adat a) menjalankan segala peraturan adat; b) memenuhi (kewajiban dll): budaya tidak lagi ~ keperluan individu dan utk kebahagian individu; tanggungjawab mereka utk ~ Dasar Bahasa Kebangsaan; ~ jawatan menempatkan pegawai pd (atau melantik seseorang memegang) jawatan yg kosong; ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh dgn kemerdekaan; ~ waktu melakukan sesuatu supaya jangan terbuang waktu; mengisikan memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg kosong; terisi sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan muda itu dgn hajat yg ~; isian 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang; perisian = ~ komputer program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; pengisian perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan; pengisi 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut.Kamus Dewan Edisi Keempat
zat1 hakikat; wujudnya: ~ Allah. 2 sesuatu yg mewujudkan sesuatu benda atau yg menjadi bahagian drpd sesuatu yg lain; unsur (dlm kimia). 3 pati atau inti drpd sesuatu (spt makanan). ~ Allah wujudnya Allah, yg wujud dgn sendirinya. ~ hijau klorofil. ~ kapur kalsium. ~ larutan bahan yg larut dlm bahan lain. ~ makanan zat yg terdapat dlm makanan dan diperlukan oleh tubuh. berzat mempunyai atau ada zat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
inti1. isi (drpd gula, kelapa, dll) yg terdapat dlm kuih (spt karipap dll); ~ udang isi kuih yg dibuat drpd udang; 2. benda yg menyerupai inti; ~ sanggul isi sanggul (supaya nampak besar); 3. isi yg terpenting (dr sesuatu perkara), pati, sari: ~ perselisihan; soal kerjasama merupakan ~ perbincangan dlm mesyuarat itu; berinti berisi inti: lepat ubi yg tidak ~; kuih pau ~ kacang merah; berintikan mempunyai sesuatu sbg inti.Kamus Dewan Edisi Keempat
pati I1. isi yg terutama (baik sekali) drpd sesuatu, sari, inti; ~ arak arak yg tulen, alkohol; ~ santan santan yg terbaik, kepala santan; 2. sj tepung yg halus-halus yg mendak drpd campuran ubi (kopi dll) dgn air: ~ kopi, ~ sagu; ~ ubi; 3. ki isi yg terpenting drpd sesuatu percakapan (perbin­cangan dll), inti, pokok: ~ titah itu adalah cukup nyata; yg perlu dicatat ialah ~ isi tulisannya; ~ cerita pokok cerita; ambil ~nya buangkan hampasnya prb tiap-tiap cerita (kata) orang, janganlah dihiraukan yg salahnya (buruknya), ambil sahajalah isinya yg betul (baik).Kamus Dewan Edisi Keempat
sari patiisi atau pokok (drpd karangan dll); inti sari.Kamus Dewan Edisi Keempat
sari I1. pati drpd sesuatu (makanan, buah-buahan, dll): ~ susu; 2. bahagian yg penting (drpd karangan, berita, pelajaran, dll), isi pokok; ~ kata terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan; inti ~ pokok, isi; 3. = serbuk (tepung) ~ Id debunga (pd tumbuh-tumbuhan); ~ bunga kelopak bunga; menyarikan 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan; penyarian perbuatan (proses) memetik isi drpd karangan, berita, dll: ~ data.Kamus Dewan Edisi Keempat
pati1 tepung halus-halus yg mendap ke bawah drpd sesuatu benda yg dibancuh dgn air: ~ kopi; ~ sagu. 2 isi yg terpenting atau yg terutama drpd sesuatu; inti; sari: ~ santan kepala santan; ~ syarahan isi penting drpd sesuatu syarahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas