intip | ; mengintip melihat pergerakan musuh dll dgn menyamar atau dgn bersembunyi-sembunyi; menyuluh; mengintai: Barangkali musuh sedang ~ kita. pengintipan hal atau perbuatan mengintip. pengintip orang yg mengintip; penyuluh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
intip | ; mengintip 1. mengintai, memata-matai: ada orang yg ~ gerak-geri kita; 2. mencari-cari rahsia, keterangan, dll atau melihat pergerakan musuh (dgn cara menyamar dsb), menyuruh, merisik: ~ musuh; ~ rahsia; intipan usaha mengintip: kau masih di dlm ~ polis; penangkapan Salam itu adalah hasil drpd ~ mata-mata gelap selama sebulan; pengintipan hal atau perbuatan mengintip; pengintip orang yg mengintip, penyuluh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intip | mengintip melihat pergerakan musuh dll dgn menyamar atau dgn bersembunyi-sembunyi; menyuluh; mengintai: Barangkali musuh sedang ~ kita. pengintipan hal atau perbuatan mengintip. pengintip orang yg mengintip; penyuluh. | Kamus Pelajar |
bersihkan titik intip(clear spy point) | Proses menanggalkan titik intip yang telah digunakan dalam pengawasan atur cara. | Kamus Komputer |
teropong intip | alat utk melihat sesuatu yg di atas air (dr kapal selam dll), periskop; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titik intip(spy point) | Kedudukan dalam atur cara yang diletakkan untuk membolehkan pengatur cara mengawasi perjalanan atur cara tanpa memberhentikan atur cara. | Kamus Komputer |
pengoptimuman lubang intip(peephole optimization) | Lihat pengoptimuman tempatan 1. | Kamus Komputer |
teropong corong (hendap, intip) | teropong spt yg digunakan dlm kapal selam utk melihat sesuatu di permukaan laut; periskop. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teropong | ~ corong (hendap, intip) teropong spt yg digunakan dlm kapal selam utk melihat sesuatu di permukaan laut; periskop. | Kamus Pelajar |
teropong | alat berkanta yg digunakan utk melihat benda yg halus-halus atau benda yg jauh-jauh. ~ bintang teropong utk melihat bintang. ~ corong (hendap, intip) teropong spt yg digunakan dlm kapal selam utk melihat sesuatu di permukaan laut; periskop. ~ halus (hama, kuman) teropong utk melihat benda-benda yg halus, spt kuman. ~ jauh teropong utk melihat benda-benda yg jauh; teleskop. meneropong melihat dgn menggunakan teropong: ~ bulan. peneropong orang yg meneropong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |