Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.to.na.si] | اينتوناسي

Definisi : (Lin) turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap); berintonasi mempunyai intonasi: anggapan kami mungkin ternyata benarnya apabila dilihat drpd gaya mukadimah khutbahnya yg ~ tersendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.to.na.si] | اينتوناسي

Definisi : ist turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap). berintonasi mempunyai intonasi: Anggapan kami mungkin benar apabila mendengar mukadimahnya yg ada gaya serta ~ tersendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intonasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan nada ucapan, nada suara, tekanan suara, cara bercakap, penegasan kata, aksen, irama, melodi, tempo.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
intonasiist turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap). berintonasi mempunyai intonasi: Anggapan kami mungkin benar apabila mendengar mukadimahnya yg ada gaya serta ~ tersendiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
intonasi(Lin) turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap); berintonasi mempunyai intonasi: anggapan kami mungkin ternyata benarnya apabila dilihat drpd gaya mukadimah khutbahnya yg ~ tersendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
prosodi1. (Sas) kajian tentang pelbagai aspek persajakan (mis tentang matra, intonasi, rentak, irama dll); 2. (Lin) pola tekanan dan intonasi dlm sesuatu bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
berintonasimempunyai intonasi: Anggapan kami mungkin benar apabila mendengar mukadimahnya yg ada gaya serta ~ tersendiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berintonasimempunyai intonasi: anggapan kami mungkin ternyata benarnya apabila dilihat drpd gaya mukadimah khutbahnya yg ~ tersendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengungkapanperihal (perbuatan dsb) meng-ungkapkan: dilafazkan mengikut sebutan, intonasi, dan gaya ~ yg fasih dan lancar;Kamus Dewan Edisi Keempat
ungkap II; mengungkapkan 1. mengeluar-kan atau melahirkan isi hati dll (dgn kata-kata, air muka, gerak-geri, dll), memaparkan (perasaan hati dll): sampai di mana dia ber-hasil dlm ~ persoalan-persoalan yg meng-goncangkan kalbunya; bibit-bibit kejayaan sudah dapat dilihat melalui murid-murid yg menggunakan bahasa Melayu dgn baik­nya utk ~ buah fikiran dan perasaan; 2. mengemukakan, memaparkan, menyatakan, atau menyampaikan (butir-butir): usaha menjadikan bahasa kita suatu bahasa yg moden yg boleh ~ ilmu Sains dan Teknologi yg sentiasa berkembang; terungkap dapat diungkapkan: sedangkan emosi itu memang tidak ~ oleh kata-kata dlm pemikiran kita; ungkapan 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara; pengungkapan perihal (perbuatan dsb) meng-ungkapkan: dilafazkan mengikut sebutan, intonasi, dan gaya ~ yg fasih dan lancar; pengungkap 1. orang yg mengungkapkan sesuatu: dialah yg harus menjadi pencetus dan ~ bicara itu; 2. alat atau medium yg mengungkapkan sesuatu: bahasa, sastera dan budaya sebenarnya merupakan ~ wadah pe-mikiran seluruh anggota masyarakat; bahasa ~ kebudayaan yg dominan pd zaman itu ialah Sanskrit.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas