inventori | (invéntori) senarai terperinci barang-barang yg terdapat di tempat tertentu (pejabat, kedai, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sistem entri pesanan(order entry system) | Bahagian input sistem pengurusan maklumat inventori berkomputer yang mengelolakan penerimaan pesanan pelanggan bagi barangan atau perkhidmatan. | Kamus Komputer |
seliaan | hasil atau tindakan menyelia: memang menjadi tanggungjawab usahawan utk memastikan inventori dikawal melalui ~ yg rapi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barang baki | (Eko) barang-barang sebuah syarikat dll yg disenaraikan serta nilainya, inventori; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rekod logik(logical record) | Rekod lengkap yang mengandungi maklumat tentang perkara tertentu. Misalnya, rekod gaji atau inventori. | Kamus Komputer |
selia II | ; menyelia melihat, mengawas: dia berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun dlm ~ penyelenggaraan dan membaiki kereta-kereta yg berat; seliaan hasil atau tindakan menyelia: memang menjadi tanggungjawab usahawan utk memastikan inventori dikawal melalui ~ yg rapi; penyeliaan perbuatan menyelia, pengawasan: Marie telah belajar di bawah ~ Pierre; penyelia orang yg menyelia, pengawas: ~ Kelas Dewasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barang | 1. benda: apabila ada ~ dibelikan suami janganlah ~ itu tertanggal dr badan lagi; 2. (segala) sesuatu, apa sahaja: Serang Sakar pembengis dan kasar ~ cakapnya; 3. lebih kurang, kira-kira: ada ~ tiga musim antaranya maka datanglah kapal itu; 4. agar, mudah-mudahan: ia meminta doa kpd Tuhan ~ dianugerah-Nya akan mereka tempat yg kebajikan; 5. baik, walau: ~ ke mana pergi dibawanya anaknya; 6. semestinya, sepatutnya, sewajarnya: itu sudah ~ tentu; ~-~ antara (Eko) barang-barang yg digunakan utk membawa barang-barang lain; ~ apa segala sesuatu, apa sahaja; ~ bahan Id barang yg akan dibuat sesuatu; ~ baki (Eko) barang-barang sebuah syarikat dll yg disenaraikan serta nilainya, inventori; ~ besi (logam,tanah, dll) barang yg dibuat drpd besi (logam, tanah, dll); ~ bila (kala) sesuatu waktu, bilabila saja; ~ cetak(an) barang-barang yg dicetak (spt buku, majalah, dll); ~ dagangan barang-barang yg akan dijual; ~ ekonomi barang-barang yg terbatas banyaknya dan boleh dijualbelikan; ~ gelap barang yg tidak sah (barang curian, barang seludupan); ~ kemas (perhiasan, persolekan) barang yg dipakai utk kecantikan; ~ kes (Udg) objek, dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan; ~ mewah barang-barang yg dipakai utk kemegahan (kecantikan); ~ modal (Eko) barang-barang yg dipakai utk menghasilkan barang lain; ~ orang sebarang orang; ~ pakaian segala macam pakaian; ~ pecah belah (pecahan) ark barang tembikar; ~ pembantu (Eko) barang-barang yg menambah pendapatan; ~ penanding (Eko) barang-barang yg menandingi atau boleh jadi pengganti kpd barang lain; ~ penggenap (Eko) barang-barang yg menambah penggunaan barang lain kalau ditambah penggunaannya; ~ pusaka barang peninggalan orang tua dll; ~ runcit barang yg dijual sedikit-sedikit; ~ seni hasil kesenian; ~ sesuatu segala sesuatu, segala apa; ~ siap barang yg sudah diproses utk jualan; ~ siapa sesiapa saja; ~ tetap harta benda yg tidak dapat dipindah-pindahkan (rumah, tanah, dll); ada wang ada ~ kalau sanggup membayar tentu mendapat barang yg lebih baik;barang-barang 1. barang; 2. = sebarang; sebarang biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa;barangan (Eko) benda atau perkhidmatan yg dijualbelikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |