berpindah | 1. beralih tempat (kediaman, kerja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inti | 1. isi (drpd gula, kelapa, dll) yg terdapat dlm kuih (spt karipap dll); ~ udang isi kuih yg dibuat drpd udang; 2. benda yg menyerupai inti; ~ sanggul isi sanggul (supaya nampak besar); 3. isi yg terpenting (dr sesuatu perkara), pati, sari: ~ perselisihan; soal kerjasama merupakan ~ perbincangan dlm mesyuarat itu; berinti berisi inti: lepat ubi yg tidak ~; kuih pau ~ kacang merah; berintikan mempunyai sesuatu sbg inti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulas II | 1 isi buah yg berbiji, atau bergugus dan boleh dipisah-pisahkan (mis isi durian, nangka, limau): Dia makan beberapa ~ durian. 2 penjodoh bilangan utk isi buah atau bahagian buah yg berbiji-biji: se~ nangka; se~ limau. berulas ada ulasnya; dlm bentuk ulas: Isi buah itu ~-ulas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
isi padu | jumlah ruang (dgn ukuran meter padu dll) yg ditempati oleh sesuatu bahan, cecair atau gas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
isi perut | a. bahagian badan yg di dlm perut (usus dll). b. segala yg terfikir (tersimpan) dlm hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
isi kampung | penduduk sebuah kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
isi kahwin | pemberian yg wajib drpd pengantin lelaki kpd pengantin perempuan; mas kahwin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
isi dada (hati) | apa-apa yg terasa atau terfikir; perasaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
isi pojok | karangan-karangan pendek di sudut akhbar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isi padu | sukatan atau ukuran ruang yg dipenuhi oleh sesuatu jisim spt pepejal, cecair atau gas dlm sesuatu bekas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |