gundik | 1. isteri yg bukan gahara, isteri tidak rasmi; 2. bini gelap; ~-candik berbagai-bagai gundik; bergundik mempunyai gundik; bergundikkan mempunyai (seseorang) sbg gundik; mempergundikkan menjadikan gundik; pergundikan perihal bergundik: kongres wanita diadakan utk menentang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isteri | 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini; beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri; memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gundik | 1 isteri yg tidak rasmi (di kalangan raja-raja). 2 perempuan yg tidak dinikahi tetapi diperlakukan spt isteri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
permaisuri | 1. isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membela | 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka;2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
srikandi | 1. isteri Arjuna yg gagah berani; 2. ki wanita yg gagah berani, pahlawan wanita: kalau perempuan biarlah mewarisi sifat Tun Fatimah, ~ yg bersemangat nasional sejati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerai | 1 tidak bersatu; tidak melekat. 2 sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik cerai yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubungan sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1 hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2 hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerai | 1. tidak bersatu; tidak melekat. 2. sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik perceraian yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai 1. tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2. putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1. membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2. meleraikan orang berkelahi dsb. 3. memutuskan hubungan sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja; ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1. hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2. hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan. cerai-berai; bercerai-berai 1. berpisah-pisah tidak keruan; berpecah-belah; porak-peranda. 2. tidak lagi sbg suami isteri. mencerai-beraikanmenjadikan bercerai-cerai (porak-peranda dsb); memecahbelahkan. | Kamus Pelajar |
bela | (béla); mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll); membela 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka; 2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan; pembelaan perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya; pembela orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pedusi | Mn 1. perempuan; 2. isteri; dilangkahi ~ dikuasai perempuan (isteri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |