instalasi | IB 1. istiadat pelantikan (penabalan dll); 2. perihal mengatur (memasang) alatan rumah dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
istiadat | 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengistiadatkan | 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memuja | 1. memuliakan dewa-dewa dll dgn membakar dupa (membaca mantera dll); ~ berhala menyembah berhala; istiadat ~ pantai istiadat dlm perayaan pantai di Kelantan; 2. = memuja-muja mempermulia-muliakan sangat, memperdewa-dewakan, menyanjungÂnyanjung, mencintai (menyukai) sangat: hati wanita memang suka diistimewakan dan dipuja; ~ dunia memuliakan atau menyanÂjung-nyanjungkan perkara-perkara dunia (wang, perempuan, dll) dgn melupakan akhirat (agama); ~-muji memuja-muja; 3. Jw sl menjadikan sesuatu dgn membaca mantera (cipta); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
istiadat | 1 peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; adat kebiasaan; resam: Budak itu masih tidak tahu akan ~ raja-raja. adat ~ berbagai-bagai adat yg menjadi kebiasaan. 2 majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa; upacara: ~ penyampaian hadiah telah diadakan pd sebelah malamnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tatacara | 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~ pembentukan istilah; ~ permohonan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
istiadat | 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; adat kebiasaan; resam:Budak itu masih tidak tahu akan ~ raja-raja. adat ~ berbagai-bagai adat yg menjadi kebiasaan. 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa; upacara: ~ penyampaian hadiah telah diadakan pd sebelah malamnya. | Kamus Pelajar |
kebesaran | 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketua | 1 orang yg tertua dan banyak pengalamannya (di kampung dll). 2 orang yg menjadi kepala atau pemimpin dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, jabatan dll. ~ istiadat orang yg dilantik utk mengawasi segala istiadat dlm istana. ~ kampung orang yg mengepalai orang-orang di kampung. ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. ~ menteri a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid. ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. ~ pejabat orang yg menjadi ketua dan bertanggungjawab ttg perjalanan sesebuah pejabat. ~ persatuan pemimpin sesuatu persatuan. berketua mempunyai ketua: Mereka sudah lama tidak ~. berketuakan mempunyai atau mengambil seseorang sbg ketua: Kami tidak mahu ~ si bangsat itu. mengetuai menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin: Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. mengetuakan mengangkat atau melantik sbg ketua; menjadikan sbg ketua. Mereka telah ~ dia kerana dia berpengalaman. pengetua orang yg mengetuai sesebuah sekolah, maktab, pusat latihan dsb: ~ Maktab Perguruan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketua | 1. orang yg tertua dan banyak pengalamannya (di kampung dll). 2. orang yg menjadi kepala atau pemimpin dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, jabatan dll. ~ istiadat orang yg dilantik utk mengawasi segala istiadat dlm istana. ~ kampung orang yg mengepalai orang-orang di kampung. ~ menteri a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid. ~ pejabat orang yg menjadi ketua dan bertanggungjawab ttg perjalanan sesebuah pejabat. ~ persatuan pemimpin sesuatu persatuan. berketuakan mempunyai atau mengambil seseorang sbg ketua:Kami tidak mahu ~ si bangsat itu. mengetuai menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin:Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. mengetuakan mengangkat atau melantik sbg ketua; menjadikan sbg ketua.Mereka telah ~ dia kerana dia pengalamannya banyak. pengetua orang yg mengetuai sesebuah maktab atau pusat latihan: ~ Maktab Perguruan. | Kamus Pelajar |