jadual penambahan(addition table) | Jadual sifir yang mengandungi hasil jumlah dua nombor. Jadual ini digunakan oleh atur cara komputer untuk mencari hasil jumlah dua nombor melalui penelitian pemetaan jadual berbanding dengan cara pencampuran biasa. | Kamus Komputer |
menjadualkan | 1 menentukan waktu utk membuat sesuatu: Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pd hari Khamis. 2 menjadikan sesuatu dlm bentuk jadual; membuat jadual ttg sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jadual cincangan(hash table) | Jadual yang digunakan untuk meletakkan data yang perlu dicapai dengan pantas. Jadual jenis ini sesuai untuk data yang datang dalam aturan yang susah diramal. | Kamus Komputer |
jadual carian(look-up table) | Jadual yang mengandungi nilai jelmaan sesuatu data. Untuk menjelmakan suatu set data kepada set yang lain, jadual ini dijenguk melalui pengindeksan untuk mencari data berkenaan. | Kamus Komputer |
jadual keutamaan sampukan(interrupt priority table) | Jadual yang disimpan dalam ingatan terkawal dan mengandungi senarai darjat keutamaan peranti atau persisian yang ditetapkan oleh pereka bentuk sistem. Mikropemproses akan merujuk jadual ini apabila sampukan baru menyampuk sampukan lain yang sedang dilayan, untuk menentukan bahawa sampukan baru itu perlu dilayan atau tidak. | Kamus Komputer |
menjadualkan | 1. menentukan waktu utk membuat sesuatu: Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pd hari Khamis. 2. menjadikan sesuatu dlm bentuk jadual; membuat jadual ttg sesuatu. | Kamus Pelajar |
carian jadual(table look-up) | Kaedah pantas untuk menjelmakan set data kepada set yang lain. Dalam kaedah ini set data sasaran disusun dalam bentuk jadual. Untuk mendapatkan nilai jelmaan bagi data tertentu, jadual dijenguk melalui pengindeksan. | Kamus Komputer |
jadual(table) | Sekumpulan rekod dengan setiap rekod dapat menyimpan maklumat kunci untuk membolehkan rekod ini dijumpai atau membolehkannya disusun dalam bentuk tatasusunan atau matriks. | Kamus Komputer |
jadual keputusan(decision table) | Jadual yang mengandungi kemungkinan tindakan, pilihan, dan keputusan yang boleh diambil semasa menganalisis masalah yang dihadapi. | Kamus Komputer |
jadual jalanan(run schedule) | Jadual yang menyenaraikan tugas yang perlu dijalankan oleh komputer pada masa-masa tertentu. | Kamus Komputer |