jahat | buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg buruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat sekalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup memakan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Bendahara; menjahati melakukan perbuatan jahat terhadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. memfitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menyebabkan (menimbulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkarat | 1. kena karat, ada karatnya: besi ~ besi yg sudah dimakan karat; 2. ki a) lama (tua); b) jahat; hati ~ jahat hatinya (perasaannya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejahat-jahat | bagaimana (betapa) jahat sekalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup memakan anaknya sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jahat | tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya: Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1 melakukan perbuatan yg jahat (berzina dll). 2 berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd: Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
balik mata | a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dll); b) main sunglap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setan | /sétan/ 1 makhluk halus yg jahat serta menggalakkan manusia berbuat jahat: Jangan diikut hasutan hantu dan ~. 2 ki orang yg jahat dan buruk perangainya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karat I | selaput perang kemerah-merahan yg terbentuk pd besi oleh tindakan udara dan air: ~ besi; dimakan ~ berselaput dgn karat (rosak oleh karat); ~ hati ki perasaan jahat; berkarat 1. kena karat, ada karatnya: besi ~ besi yg sudah dimakan karat; 2. ki a) lama (tua); b) jahat; hati ~ jahat hatinya (perasaannya); mengaratkan menyebabkan (menjadi) berkarat; karatan Jk 1. apa-apa yg telah berkarat (lama, tua); 2. ki a) buruk, lama, tua; b) jahat; pengaratan proses yg menyebabkan (menjadi) berkarat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jahat | tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya:Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1. melakukan perbuatan yg jahat (spt berzina dll). 2. berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd:Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (spt penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. | Kamus Pelajar |
iblis | kepala segala syaitan, makhluk jahat (yg kerjanya menghasut manusia supaya berbuat jahat, berkelahi, dan mengingkari perintah Allah); digoda ~ hilang pertimbangan; perangainya macam ~ terlalu jahat (suka mengganggu orang); keiblisan (berperilaku) spt iblis: kekhuatiran dan kegusaran yg kadangkala boleh bersifat kedajalan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hasad | Ar = ~ dengki; 1. dengki, cemburu (disertai niat jahat); 2. kedengkian, kecemburuan (yg disertai niat jahat); berhasad = ~ dengki menaruh perasaan dengki (cemburu dgn niat jahat): umat Islam dilarang ~ dengki sesama sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |