seran | (séran) jalur-jalur yg miring, loreng; berseran berjalur-jalur miring, berloreng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
otot jalur | = ~ kawal (Bio) otot di bawah kawalan otak, yg tisunya terdiri drpd gentian otot yg jalur-jalur melintangnya kelihatan melalui mikroskop, mis otot pd tulang rangka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jalur hitam | sj penyakit pd bahagian kulit torehan (pokok getah) yg disebabkan oleh kulat dan dpt dikenal dgn terbentuknya jalur-jalur yg berwarna hitam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jalur-jalur | sj ikan laut, Gymnocaesio spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lorekan | jalur-jalur, barikbarik, coreng panjang (corak kain, kulit ular dll): kehalusan ukiran dan lorekan khatnya itu sangat sukar ditandingi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belang | 1. jalur-jalur yg lain warnanya drpd warna dasar: kucing ~; kuda ~; pak ~ harimau; 2. ki noda, cacat, perangai (yg buruk); menunjukkan ~nya a) memperlihatkan sifatnya (yg sebenar); b) memperlihatkan kekuasaannya; harimau menunjukkan ~nya prb orang yg memperlihatkan kekuasaannya; orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan ~nya prb orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk;berbelang mempunyai belang: tapak catur ~ putih hitam;berbelang-belang mempunyai belang yg banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lorek | (lorék) 1. = lorekan jalur-jalur, barikbarik, coreng panjang (corak kain, kulit ular dll): kehalusan ukiran dan lorekan khatnya itu sangat sukar ditandingi; 2. = berlorek; berlorek bergaris, bercoreng: bahagian yg ~ itu menunjukkan kawasan tanah tinggi; melorek menggaris, mencoreng, mencoret: bahagian yg menunjukkan tanah tinggi dilorek supaya jelas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telerang /telérang/ | 2 jalur(-jalur) panjang yg tidak selari yg kelihatan pd batu-batan. | Kamus Pelajar |
urat I | 5 jalur-jalur atau garis-garis yg tampak pd permukaan kayu, batu marmar dll. | Kamus Pelajar |
pencetak jalur(band printer) | Pencetak hentaman yang menggunakan satu jalur bergelung yang memegang aksara sebagai kepala taip. Untuk mencetak, sebuah penukul akan memukul jalur yang berputar pantas pada kedudukan aksara yang dikehendaki. Pukulan ini akan menghentakkan jalur pada riben dan meninggalkan bekas aksara pada kertas sebagai hasil cetakan. | Kamus Komputer |