jaminan bank | (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sandar II | = sandaran sesuatu yg dijadikan cagaran atau jaminan (dlm berhutang dll), gadai, petaruh; menyandarkan memberikan sesuatu utk jaminan (dlm berhutang), menggadaikan; tersandar dijadikan cagaran (jaminan hutang), tergadai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jamin | 1. = jaminan cagaran, tanggungan; surat ~ surat yg menyatakan jaminan atas seseorang atau sesuatu; wang ~ wang yg dibayar kpd pihak tertentu utk menjamin seseorang; 2. = penjamin; menjamin 1. berjanji akan menanggung kewajiban orang lain (spt membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajibannya: tidak ada orang yg berani ~ hutangnya itu; dia dibebaskan setelah dijamin oleh abangnya; 2. menanggung keselamatan (kebaikan, ketulenan, dll) sesuatu: ~ keselamatan jiwa dan harta benda rakyat; 3. menjanjikan: penjual itu ~ kepuasan kpd para pelanggannya; 4. bp menanggung keperluan sehari-hari (makan, minum, dll): siapakah yg akan ~ kehidupannya nanti kalau kedua-dua orang tuanya meninggal dunia? terjamin tertanggung (keselamatan dll), terjaga: setelah mendapat pekerjaan itu barulah kehidupan keluarganya ~; jaminan 1. akuan menjamin, kesediaan menanggung sesuatu (akibat dll), cagaran, tanggungan; ~ bank (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg dijamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak insurans utk memberikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah dijadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat; keterjaminan keadaan terjamin: utk memastikan ~ masa depan parti ini, perlulah kita bersatu teguh; penjaminan perbuatan menjamin; penjamin 1. orang yg sanggup menjaga (menanggung) keselamatan orang lain; 2. orang yg sanggup memenuhi kewajiban (membayar hutang dll) orang lain apabila orang itu tidak dapat menepati janjinya; 3. orang yg menjanjikan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jaminan | akuan menjamin; tanggungan. penjamin orang yg menjamin (ttg keselamatan, hutang dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jaminan insurans | (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak insurans utk memberikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jaminan hukum | yg dijamin oleh hukum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jaminan | akuan menjamin; tanggungan. | Kamus Pelajar |
jaminan ganti papan(board exchange warranty) | Jaminan oleh pihak pengeluar untuk menggantikan papan litar utama jika papan itu rosak. | Kamus Komputer |
kad jaminan | kad yg diberikan oleh sesebuah syarikat kpd pelanggan sbg jaminan bahawa sebarang kerosakan yg berlaku pd barangan yg dijual dlm tempoh tertentu (selepas digunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jaminan | 1. akuan menjamin, kesediaan menanggung sesuatu (akibat dll), cagaran, tanggungan; ~ bank (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg dijamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jaminan yg diberikan oleh pihak insurans utk memberikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah dijadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |