Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.pi] | جمڤي

Definisi : kata-kata tertentu yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (spt boleh menyem­buhkan penyakit dll), mantera: kebanyakan orang zaman sekarang tidak percaya pd ~ lagi; ~-jampah = ~ serapah berbagai-bagai jenis jampi: ~ serapah pun berhamburan drpd mulut Siti Faezah yg kecil molek itu; berjampi bermantera, telah dimanterai (dijampi): Madon membawa sebilah parang panjang ~; menjampi, menjampikan membaca jampi, memanterai: pawang itu ~ air yg diberikan kepadanya; jampian 1. jampi mantera; 2. (yg) telah dimanterai; 3. menjampi; kejampian kena jampi (mantera); penjampian perbuatan menjampi (meman­terai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.pi] | جمڤي

Definisi : kata-kata tertentu atau mantera yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (dpt menyembuhkan penyakit dll). menjampi membaca kata-kata tertentu atau mantera utk memberi kesaktian kpd sesuatu: Dukun itu sudah ~ air ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terpesona1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tiup1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disam­pai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon meng­gembung-kan belon dengan nafas dll; 2. mem­bunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulut­nya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyem­bur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menji­prat mukaku; 4. = meniup-niup ki mem­bang­kitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah ber­usaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), menge­nakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangan­nya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpe­ngaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
ubatanjampi-jampi, guna-guna, mantera, sihir: adapun Pawang Gajah itu tahu hikmat dan ~, dan ada ia menaruh jin;Kamus Dewan Edisi Keempat
tinggamMn ark sj ilmu (jampi-jampi) utk menjadikan orang sakit (bengkak-bengkak dll) dgn mencucukkan duri ekor pari pd gambarnya; meninggam mengenakan tinggam.Kamus Dewan Edisi Keempat
ilmu kiasilmu sihir atau ilmu ghaib (yg menggunakan jampi-jampi utk menyem­buhkan penyakit dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kias II; ilmu ~ ilmu sihir atau ilmu ghaib (yg menggunakan jampi-jampi utk menyem­buhkan penyakit dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
bomohtabib yg mengubati orang sakit dgn menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi, pawang, dukun; ~ mencari orang sakit prb orang yg menawarkan diri dgn tidak diminta; berbomoh menggunakan khidmat bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb;berbomoh-bomoh menggunakan khidmat beberapa bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb: ada yg sampai ~ utk menundukkan lawannya; kebomohan perihal berubat secara tradisional dgn bomoh atau dukun; perbomohan yg berkaitan dgn bomoh (amalannya, selok-belok kerjanya, dsb): kepercayaan warisan spt magis dan ~; memperoleh kepakaran dlm ilmu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
meniupkan1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), menge­nakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (perselisihan, pertengkaran, dll): karangan­nya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
menawarmenghilangkan bisa racun dll (dgn jampi dll): digunakan segala jampi mantera dan ilmu hikmat yg dipelajari dahulu itu bagi ~ bisa racun itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
selusuh IIjampi (ubat) utk memudahkan orang bersalin; ~ anak jampi dll yg memudahkan anak keluar (ketika bersalin); ~ uri jampi dll yg me-mudahkan uri (tembuni) keluar.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas