berhias | 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kirai IV | ; janda sekali ~ janda pertama kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hias | ; almari ~ almari bercermin tempat menyimpan barang-barang perhiasan dll; tukang ~ orang yg kerjanya menghias, juruhias; berhias 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; menghias menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar; menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok: nasi adap-adapan yg dihiasi emas pun diangkat oranglah ke hadapan baginda; lampu berwarna-warni ~ rumahnya; senyuman yg manis ~ wajahnya; menghiaskan mencantikkan (mengindahkan) dgn sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pd bajunya; terhias telah dihiasi dgn sesuatu: pandangannya kadang-kadang beralih kpd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja; hiasan segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; ~ dalaman seni menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dll; perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian segala raja-raja; penghiasan perihal (perbuatan, proses dsb) menghias, menghiasi atau menghiaskan: beliau merancangkan ~ semula rumahnya; penghias 1. tukang hias, juruhias; 2. yg menghiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
janda muda | janda yg masih muda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
janda berhias | janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
janda sekali kirai | janda pertama kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
janda berhias | a) janda yg belum mempunyai anak; b) (pengantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya sebelum berseketiduran dengannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
janda I | orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian; ~ belum berlaki ki gadis yg telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan; ~ berhias a) janda yg belum mempunyai anak; b) (pengantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya sebelum berseketiduran dengannya; ~ kepulangan minuman yg dibuat drpd kelapa muda; ~ muda janda yg masih muda; ~ sehari perempuan yg berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dgn suaminya; laksana ~ baru bangun tidur prb perempuan yg sangat menarik hati orang laki-laki; spt ~ belum berlaki prb orang yg pesolek lagi pemalu; berjanda sudah bercerai (menjadi janda), hidup sbg janda; sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi prb ejekan terhadap orang tua yg hendak berkahwin lagi; menjanda menjadi janda, hidup sbg janda (tidak berkahwin lagi): Lah akan ~ sampai ke mati; kejandaan keadaan menjanda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjanda | menjadi janda, hidup sbg janda (tidak berkahwin lagi): Lah akan ~ sampai ke mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjanda | sudah bercerai (menjadi janda), hidup sbg janda; sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi prb ejekan terhadap orang tua yg hendak berkahwin lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |