menjanggalkan | menyebabkan (menjadikan) janggal, membuat sesuatu yg janggal, menganggap janggal, mencanggungkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
janggal I | tidak sedap dilihat (didengar), canggung, tidak sesuai (tepat), tidak selaras: bunyinya agak ~; kekasaran seorang isteri sangat ~ nampaknya kerana makhluk wanita ini sebenarnya serba lembut; menjanggalkan menyebabkan (menjadikan) janggal, membuat sesuatu yg janggal, menganggap janggal, mencanggungkan; kejanggalan 1. perihal janggal, kecanggungan; 2. sesuatu yg janggal: memang ini akan merupakan ~, tetapi lama-kelamaan ini akan menjadi kebiasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejanggalan | 1. perihal janggal, kecanggungan; 2. sesuatu yg janggal: memang ini akan merupakan ~, tetapi lama-kelamaan ini akan menjadi kebiasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canggung I | 1. kurang biasa atau kurang senang menggunakan (melakukan) sesuatu, kekok, kaku, janggal: dr kecil lagi dia diajar menari, sebab itulah apabila dia menari, tidak ~ nampaknya; 2. berasa kurang senang (tidak bebas), segan-segan atau malu-malu (kerana tidak biasa bercampur atau tidak tahu adat resam orang): anak raja itu terasa serba kekok dan ~, tidak tahu apa yg hendak dibuatnya; 3. kurang elok atau sempurna (pd pandangan atau pendengaran), tidak kena pd tempatnya, agak janggal: bahasa karangannya begitu ~ hingga tidak dapat disiarkan; kenalanku ada yg cantik dan tidak akan ~ jadi isterimu; 4. serba kekurangan (bkn kehidupan, pengetahuan, dll): bagaimana aku dapat hidup senang, kalau serba ~ spt ini; 5. = tercanggung Mn a) berasa sepi (kerana tidak berteman dll); b) kurang senang (kecewa dll): hendaklah diusahakan supaya pembeli jangan ~; ~ bagai antan dicungkilkan duri prb perbuatan yg bukan-bukan, tidak kena pd tempatnya; kecanggungan 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejanggalan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canggung I | 1 agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; janggal: Sesuatu pekerjaan itu jika selalu dibuat tidaklah akan ~ lagi tampaknya. 2 agak segan atau malu-malu kerana tidak biasa dgn sesuatu keadaan atau suasana: Aku berasa ~ sekali apabila bercampur gaul dgn mereka. 3 tidak kena pd tempatnya; kurang baik (buatannya, susunannya dsb); janggal: Susunan kata dlm ayat-ayatnya ~ sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
janggal | tidak sedap didengar (kerana tidak kena sebutan atau iramanya); tidak sedap dilihat (kerana tidak kena perbuatannya atau kelakuannya); tidak sesuai: ~ saja bunyi sajaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
janggal II | Kl tidak lekat pd tempurung (isi buah kelapa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
janggal | tidak sedap didengar (kerana tidak kena sebutan atau iramanya); tidak sedap dilihat (kerana tidak kena perbuatannya atau kelakuannya); tidak sesuai: <i>~ saja bunyi sajaknya.i> | Kamus Pelajar |
pecahan janggal | pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
patuh janggal | nampak sahaja patuh tetapi sebenarnya tidak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |