jangka hayat | jangka masa atau tempoh hidup seseorang atau kegunaan sesuatu (alat, jentera, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umur | 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangka I | 1. = ~ lukis alat berkaki dua yg dapat dilebarkan atau disempitkan kakinya utk membuat bulatan (mengukur jarak pd peta dll); 2. alat utk membelah daun mengkuang atau daun pandan menjadi jalur-jalur kecil; 3. alat menyukat atau mengukur sesuatu (suhu, arus elektrik, dll); ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi; ~ cahaya alat utk menyukat atau membandingkan kekuatan cahaya drpd sumber yg berbeza, fotometer; ~ galvani alat utk menyukat arus elektrik, galvanometer; ~ halus alat utk mengukur jarak atau sudut yg kecil dgn tepat, mikrometer; ~ hayat jangka masa atau tempoh hidup seseorang atau kegunaan sesuatu (alat, jentera, dll); ~ kalori alat utk menyukat banyaknya haba yg dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter; ~ laju alat utk menyukat laju, meter laju; ~ lembap alat utk menyukat banyak atau sedikitnya wap air dlm udara, higrometer; ~ sudut alat utk mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor; ~ suhu alat utk menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer; ~ tekanan alat utk menyukat tekanan udara, barometer; ~ tekanan gas alat utk menyukat tekanan gas, manometer; ~ tinggi alat utk menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; ~ tolok alat utk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan menentukan jarak jauh; ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hidrometer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |