jingkau | ® jangkau, jengkau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangkau | ; menjangkau 1. menghulurkan tangan utk mencapai sesuatu: dia ~ wang itu lalu memasukkannya ke dlm kocek; ~ langit sangat tinggi (bangunan, menara, dll); 2. ki mencapai, mencakupi; ~ sehabis tangan prb berusaha dgn bersungguh-sungguh (utk mencapai maksudnya); terjangkau 1. tercapai atau dapat (apabila dijangkau); 2. tertafsir: dia cuba mencapai kebahagiaan yg ketinggiannya tidak ~ oleh pemahaman; jangkauan 1. hasil atau gerakan menjangkau: ia mengelakkan beg suratnya drpd ~ orang itu; 2. cakupan: ~ Islam tidak terbatas kpd alam kebendaan sahaja; penjangkauan perbuatan menjangkau; sejangkauan, sepenjangkauan sejauh dapat dijangkau dgn tangan, jengkau, jingkau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |