jangkit | ; berjangkit merebak atau berpindah ke benda lain (bkn api); menyerang orang lain (bkn penyakit); menular: Api itu telah ~ ke rumah sebelah. Penyakit anjing gila mudah ~. menjangkiti merebak kpd (bkn penyakit); menulari: Penyakit itu telah ~ seluruh anggota keluarga Pak Ahmad. menjangkitkan menyebabkan menjadi berjangkit; merebakkan; menularkan: Tikus selalu ~ penyakit. jangkitan kejadian berjangkit: Dia sakit kerana terkena ~ kuman. kejangkitan kena penyakit menular; ketularan: Ia tidak mahu tinggal di tempat yg kotor kerana takut ~ penyakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jangkit | berjangkit merebak atau berpindah ke benda lain (bkn api); menyerang orang lain (bkn penyakit); menular:Api itu telah ~ ke rumah sebelah. Penyakit anjing gila mudah ~. menjangkiti merebak kpd (bkn penyakit); menulari:Penyakit itu telah ~ seluruh anggota keluarga Pak Ahmad. menjangkitkan menyebabkan menjadi berjangkit; merebakkan; menularkan:Tikus selalu ~ penyakit. kejangkitan kena penyakit menular; ketularan: Ia tidak mahu tinggal di tempat yg kotor kerana takut ~ penyakit. | Kamus Pelajar |
jangkit | ; berjangkit, menjangkit 1. berpindah drpd seorang kpd seorang, menular, merebak: penyakit itu telah ~ ke kampung ini; 2. mengikut (tabiat, perangai, dll): tabiat itu telah ~ kpd anaknya; berjangkitan dijangkiti (penyakit, perangai, dll); keberjangkitan perihal berjangkit; menjangkiti menulari, merebak kpd: kami tidak mahu membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai; menjangkitkan menularkan, merebakkan: ~ penyakit dgn jalan menyuntik; terjangkit dihinggapi penyakit dsb, dijangkiti, kejangkitan: umbai yg ~ oleh kuman umpamanya, boleh menimbulkan suatu keadaan yg diketahui sbg radang umbai; jangkitan kejadian (penyakit dsb) berjangkit; kejangkitan dihinggapi penyakit (yg berjangkit), ketularan: dia takut ~ penyakit itu kalau bergaul dgn mereka yg berpenyakit; penjangkitan perihal (perbuatan, proses, dsb) menjangkit: ~ penyakit itu tidak berhasil; sudah cukup utk menyebabkan ~ yg parah hingga boleh merugikan petani; perjangkitan perihal berjangkit; penjangkit yg menyebabkan berlakunya jangkitan, yg menyebabkan penjangkitan: nyamuk-nyamuk ~ penyakit ini mempunyai tempat biak yg tersendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pindah | bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan; berpindah 1. beralih tempat (kediaman, kerja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; memindah 1. bp = memindahkan; 2. = memindah-mindah, pindah-memindah menjangkit(-jangkit), menular(-nular); memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari; memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; pindahan barang (harta dll) yg dipindahkan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; kepindahan kejangkitan, ketularan; perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pindah-memindah | menjangkit(-jangkit), menular(-nular); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memindah-mindah | menjangkit(-jangkit), menular(-nular); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejangkitan | dihinggapi penyakit (yg berjangkit), ketularan: dia takut ~ penyakit itu kalau bergaul dgn mereka yg berpenyakit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangkitan | kejadian (penyakit dsb) berjangkit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rubela | (rubéla) (Ubat) penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kpd bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skabies | (skabis) (Ubat) penyakit kulit berjangkit yg ditandai rasa gatal dan kudis, kudis buta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |