Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Mengaji Qurªan Istanbul,
     Lambat pandai di tengah hari;
Kalau adinda berhati betul,
     Kasilah abang cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mencekak1. memegang sesuatu dgn mem­pertemukan ibu jari dgn jari tengah (jari te­lunjuk atau jari-jari lain): tukang sampan itu pun ~ dayung; 2. memegang pinggang, sama ada dgn sebelah tangan atau kedua-duanya; 3. mencengkam leher dgn kuat: ~ leher musuhnya; 4. menggunakan alat, mis cekak rambut utk menolak rambut ke belakang supaya kelihatan kemas.Kamus Dewan Edisi Keempat
hantu I1. ciptaan khayalan manusia yg menakutkan atau menggerunkan; bahasa ~ bahasa yg dipakai oleh pawang; jari ~ jari tengah; kena ~ = dirasuk ~ sakit kerana diganggu hantu; disapa ~ = tersapa ~ = ditegur ~ demam kerana ditegur hantu; 2. ki pengintip rahsia; ~ mata-mata pengintip rahsia bagi polis; 3. ki orang yg sangat jahat (buruk dll): ~ judi orang yg sangat suka berjudi; anak ~ anak yg sangat jahat; rupanya spt ~ rupanya tersangat buruk; 4. yg tumbuh liar, yg tumbuh dlm hutan: kacang ~; limau ~; pisang ~; ~ air hantu yg terdapat di air (di sungai dll); ~ angin hantu yg boleh mengaramkan kapal; ~ aru-aru hantu hutan; ~ bungkus hantu yg berupa mayat berbungkus; ~ bunian siluman (orang halus yg tinggal di hutan); ~ gunung (laut, rimba, sungai) hantu yg menjaga (menghuni) gunung (laut, rimba, sungai); ~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah hantu-hantu penunggu; ~ raya hantu peliharaan utk menjadi pengawal (suruhan) tuannya; ~ toyol hantu peliharaan utk disuruh mencuri; takut di~ terpeluk ke bangkai prb mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yg tidak patut ditakutkan; berhantu ada hantunya, kemasukan (kera­sukan) hantu; menghantu 1. menjadi hantu; 2. ki menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dsb): malam tambah ~; dia bersiar-siar ke luar kota utk melupakan kesibukan kota yg ~; menghantui 1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat; kehantuan sifat atau perbuatan yg dikaitkan spt hantu: ia disejajarkan dgn sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencekak1. memegang dgn ibu jari yg dipertemukan dgn jari tengah (atau jari-jari lain). 2. mencekik.Kamus Pelajar
jari hantujari tangan yg terpanjang; jari tengah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jari1 bahagian hujung tangan atau hujung kaki yg beruas: Sebelah tangan mempunyai lima ~. 2 ukuran sebesar jari tangan: Ia pernah menulis buku setebal dua ~. 3 sesuatu benda atau bahagian yg berbentuk spt jari 1. ~ ampai sj cemeti utk memukul orang salah. ~ hantu jari tangan yg terpanjang; jari tengah. ~ kelengkeng jari tangan yg terkecil. ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu. ~ telunjuk jari di antara ibu jari dgn jari hantu. jejari 1 = jari-jari kisi-kisi pd pintu atau pd jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yg dipasang dr pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dr pusat bulatan ke lilitannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cekak Iukuran yg besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dgn mem­pertemukan ibu jari dgn jari lain: berilah aku sirih se~; ~ rambut alat drpd plastik dsb utk mengikat atau mencekak rambut supaya kelihatan lebih kemas dan terurus; baju ~ musang baju yg berleher tinggi; pinggang se~ jari manis sebesar yg terpegang oleh ibu jari dan jari manis; bercekak; ~ pinggang memegang kiri kanan pinggang dgn kedua-dua belah tangan; mencekak 1. memegang sesuatu dgn mem­pertemukan ibu jari dgn jari tengah (jari te­lunjuk atau jari-jari lain): tukang sampan itu pun ~ dayung; 2. memegang pinggang, sama ada dgn sebelah tangan atau kedua-duanya; 3. mencengkam leher dgn kuat: ~ leher musuhnya; 4. menggunakan alat, mis cekak rambut utk menolak rambut ke belakang supaya kelihatan kemas.Kamus Dewan Edisi Keempat
cekakukuran yg besarnya ditentukan oleh bulatan yg dibuat dgn mempertemukan ibu jari dgn jari lain:dua ~ tangkai padi. se~ jari manis cekak yg dibuat dgn mempertemukan ibu jari dgn jari manis. bercekak; ~ pinggang memegang kiri kanan pinggang dgn kedua-dua belah tangan. mencekak 1. memegang dgn ibu jari yg dipertemukan dgn jari tengah (atau jari-jari lain). 2. mencekik.Kamus Pelajar
jari1. bahagian hujung tangan atau hujung kaki yg beruas:Sebelah tangan mempunyai lima ~. 2. ukuran sebesar jari tangan:Ia pernah menulis buku setebal dua ~. 3. sesuatu benda atau bahagian yg berbentuk spt jari 1. ~ ampai sj cemeti utk memukul orang salah. ~ hantu jari angan yg terpanjang; jari tengah. ~ kelengkeng jari tangan yg terkecil. ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu. ~ telunjuk jari di antara ibu jari dgn jari hantu. jejari 1 = jari-jari kisi-kisi pd pintu atau pd jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yg dipasang dr pusat roda hingga ke lingkarannya. 3. garis lurus dr pusat bulatan ke lilitannya.Kamus Pelajar
jari I1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempol; 2. sukatan panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg mempunyai rupa spt jari; ~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis); ~ ke­lengkeng = ~ anak (renek) ark jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari tangan yg berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd daun kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~ telunjuk (syahadata ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu; ~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~ kecewa; penjarian (Muz) teknik menggunakan jari dlm bermain alat muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada.Kamus Dewan Edisi Keempat
mata I1. alat utk melihat (pd manusia atau binatang), pancaindera utk melihat: ~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula ter-kejip-kejip; ~ hitam bahagian mata yg ber­warna (di tengah-tengah); 2. bahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau, dll): pisau itu ~nya tumpul; ~ cangkul; ~ kapak; ~ tenggala (bajak); 3. sesuatu yg menyerupai mata (spt lubang kecil, lubang jala, dll): ~ jarum; 4. sela antara dua senggat (pd kayu pembaris dll), sela antara dua anak tangga: tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak tangganya; 5. ki yg di tengah-tengah benar, pusat: ~ bisul; ~ alamat sasaran, tujuan; 6. tunas pd ubi (dahan dll); 7. punca, sumber (air, pencarian, dll); 8. markah yg diperoleh (dlm peperiksaan, pertandingan, dll): pasang-an dr Malaysia telah memenangi set pertama dgn ~ 15–10; 9. sl jenis-jenis (masakan, hi­dangan, dll); beratus-ratus ~ gulai beratus­ratus jenis gulai; ~ air a) tempat air terbit dr tanah; b) bp keka­sih; ~ anggaran Id bahagian (pos) anggaran belanja; ~ angin arah yg ditunjukkan oleh jarum kompas, arah angin datang (timur, ba­rat, dll); ~ batin perasaan dlm hati, rasa hati; ~ bedil butir-butir pembidik pd laras bedil; ~ belanak pusat pusingan (lingkaran); ~ benda barang(-barang) yg berharga (spt permata dll); ~ bisul lubang bisul; ~ buku buku jari dll; ~ bulan bentuk bulan yg tampak samar-samar; ~ cemperling mata yg merah warnanya; ~ cincin permata (intan, berlian, dll) pd cincin; ~ dabus besi tajam yg digunakan dlm permainan dabus; ~ dacing garis-garis pd dacing (utk menunjukkan berat); ~ dagangan barang-barang dagangan; ~ duitan tamak akan wang; ~ duli buku lali; ~ gaji tangga gaji; ~ gawai ark pembantu; ~ gelap mengamuk kerana marah dll; ~ gergaji a) bahagian yg tajam dan bergerigi pd gergaji; b) Kl orang yg bermuka-muka (dgn dua pihak); ~ gobek (gunting) bahagian yg tajam pd gobek (gunting); ~ hati a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; ~ hitam bahagian biji mata yg hitam; ~ huruf tiap-tiap satu huruf; ~ ikan sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); ~ jahitan bahagian yg dijahit; ~ jala (jaring) lubang­lubang yg terdapat pd jala (jaring); ~ jalan penunjuk jalan, peninjau; ~ kail kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail; ~ kain corak kain; ~ kakap lubang kecil pd bahagian bawah perahu (digunakan utk mengeluarkan air); ~ kaki tulang yg membonggol pd pergelangan kaki (buku lali); ~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan teropong dll); ~ kati (tahil) garis pd dacing yg menunjukkan kati (tahil); ~ kayu a) tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu (berwarna hitam); b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf); ~ kemung mata yg besar; ~ keranjang suka melihat perempuan; ~ kerek bulatan pd kerek; ~ ketam besi tajam pd ketam kayu; ~ kotak orang yg tidak tahu memilih mana yg baik dan mana yg buruk; ~ kucing a) sj batu permata; b) sj damar yg jernih warnanya; c) Id sj lampu berwarna pd peti radio; ~ kumpuan = ~ majmuk mata yg terdiri drpd beberapa mata yg kecil-kecil (spt mata lalat dll); ~ lembu = ~ sapi = ~ kerbau telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya); ~ lipas a) mata yg tidak berwarna (pd kuda); b) mata yg suram; ~ lolong Kl mata yg tersembul; ~ luka lubang atau liang luka; ~ pajak ark (Palembang) orang yg wajib membayar cukai; ~ panah bahagian hujung anak panah (yg tajam); ~ pedoman jarum pedoman yg menunjukkan mata angin, mata angin dlm pedoman; ~ pelajaran jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll); ~ pena bahagian hujung pena yg digunakan utk menulis; ~ pencarian (peng-hidupan) pekerjaan yg dilakukan utk men­dapatkan sara hidup; ~ perdagangan barang­barang dagangan; ~ petai ki mata yg tidak dapat melihat dgn betul; ~ petir pancaran kilat yg diikuti oleh petir; ~ piano bahagian piano yg diketuk-ketuk (utk mengeluarkan bunyi); ~ punai lubang yg bersegi enam (pd anyaman dll); ~ rantai gelang-gelang pd rantai; ~ ringkas mata serangga dsb yg mem­punyai satu kanta, mis labah-labah dan kala jengking; ~ sangkur benet, bayonet; ~ surat Id tulisan (huruf) pd surat; ~ susu puting susu; ~ tangga sela antara dua anak tangga; ~ telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi; ~ tombak hujung tombak yg tajam; ~ tunas tunas yg baru bercambah; (di) ~ umum (pd) pandangan umum, di khalayak ramai; ~ wang a) wang yg bukan wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang yg digunakan di sesebuah negeri; ~ wang asing mata wang negara lain selain mata wang negara itu sendiri, mis mata wang asing bagi Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah; dgn ~ kepala sendiri sendiri (melihat); ~ memandang apa hendak sakit, bahu memi-kul timpa perasaan = berapa berat ~ meman-dang, berat lagi bahu memikul prb walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesu­sahan yg ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu; ~ tidur bantal berjaga prb perihal perempuan yg melakukan kejahatan pd waktu suaminya percaya betul padanya; hilang di ~, di hati jangan prb walaupun telah jauh tetapi ja­nganlah melupakan orang yg ditinggalkan; jadi ~ telinga prb orang yg jadi harapan dan yg selalu memberi pertolongan; kerana ~ buta, kerana hati mati prb perihal orang yg menurutkan hawa nafsunya akhirnya men­dapat kesusahan; silap ~ pecah kepala prb kalau kurang hemat dlm sesuatu pekerjaan yg berbahaya tentu akan mendapat kesusah­an; tentang ~ dgn ~ prb berhadapan satu sama lain; mata-mata 1. polis; 2. Id penyuluh; ~ gelap polis rahsia, penyuluh; ~ khas polis yg mempunyai tugas-tugas tertentu (pd zaman darurat); ~ tentera polis tentera (utk meng­awasi tatatertib tentera); memata-matai 1. mengawasi secara diam­diam (gerak-geri seseorang dll), mengamat­ amati: mereka disuruh mencari rahsia kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita; 2. Br membaiki siratan jala (jaring dll); termata-mata jelas sekali kelihatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas