jasmani | mengenai badan atau benda; lw rohani: pendidikan ~ dan rohani. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jasmani | mengenai badan atau benda; lw rohani: pendidikan ~ dan rohani. | Kamus Pelajar |
jasmani | Ar 1. badan, tubuh; 2. bkn badan (tubuh) atau benda (lwn rohani); pendidikan rohani dan ~ pendidikan batin dan badan; kejasmanian perihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sahaja akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rohani | Ar 1. roh; 2. bkn dgn roh, rohaniah: falsafah kebendaan yg tidak mengakui ketuhanan, ~, dan perkara-perkara yg lain drpd kebendaan; 3. batin, yg berkaitan dgn jiwa, lwn jasmani: apakah sebenarnya yg hendak dikejar, kepuasan ~ atau kepuasan jasmani? kerohanian perihal rohani, sifat-sifat rohani, rohaniah: kebatinan dan ~ juga harus masuk hitungan setiap penilaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senamrobik | latihan jasmani yg menggabung-kan aerobik dan senaman biasa (lazimnya dilakukan beramai-ramai sbg suatu acara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejasmanian | perihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sahaja akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendidikan rohani dan jasmani | pendidikan batin dan badan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
budaya | 1 kemajuan jasmani dan rohani manusia serta juga kemajuan fikirannya menerusi latihan dan pengalaman; peradaban: Pd abad yg kesepuluh, ~ Arab jauh lebih tinggi drpd ~ Eropah. 2 sudah maju atau beradab: jiwa yg ~ jiwa yg telah maju. berbudaya mempunyai budaya; mempunyai fikiran dan akal budi yg sudah maju. membudayakan mendidik supaya berbudaya (beradab); menjadikan seseorang atau sesuatu berbudaya; ~ masyarakat. kebudayaan 1 kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dlm pelbagai bidang: Beliau sedang membuat penyelidikan ttg ~ Melayu. 2 usaha atau daya mencipta atau berfikir dlm pelbagai bidang hidup manusia: Universiti seharusnya menjadi pusat ~ dan bukan hanya menjadi pusat pengajian tinggi. budayawan orang yg berkecimpung dlm hal-hal kebudayaan; ahli kebudayaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waras | 1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja kerana kurang ~ rasa badannya; 2. sihat rohani (mental, ingatan); kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) bp gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna (dapat berfikir dgn baik); 3. berdasarkan taakulan (bkn pertimbangan, keputusan dsb), menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, rasional: keputusan itu dibuat mengikut pertimbangan yg saksama dan ~;mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dsb dgn memberikan penjelasan, fakta dsb yg logik atau dapat diterima akal, merasionalkan: sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; dia hanya diminta ~ fakta atau pandangan yg dikemukakan dlm rencananya; kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan berfikir (bkn otak atau fikiran); ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fizikal | 1. bkn badan, jasmani: latihan ~; 2. bkn kebendaan atau keadaan alam semula jadi: geografi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |