jata | lambang kebesaran negeri atau negara: ~ kebesaran negeri Terengganu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerjahkan | 1 menghulurkan (senjata, kayu dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Mangsa serangan mengelak drpd terkena senjata tajam yg diterjahkan ke arahnya. 2 mengemukakan (soalan, kemusykilan dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Tanpa henti, para penonton ~ soalan-soalan yg berkaitan dgn tajuk ceramah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersenjata | memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persenjataan | 1. perihal melengkapi dgn sen-jata; 2. segala alat dan perlengkapan senjata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehujungan | kena hujung senjata, kena senjata yg tajam: ada seorang anak Sang Nara Diraja telah kena parang oleh seorang Benggali dr ekor pipinya lalu ke kening, tetapi ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nuklear | (nukléar) berkaitan dgn nukleus atom; peperangan ~ peperangan yg memakai senjata dgn tenaga atom; senjata ~ senjata yg menggunakan tenaga atom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetak I | luka ~ luka kerana diparang (dibacok); bertetakan saling mengenakan parang dll kpd, saling membacok, parang-memarang: maka kedelapan hulubalang itu ~ mata pedang, tangkis-menangkis; menetak memotong (mengerat dll) dgn sen-jata tajam yg diayun kuat-kuat, memancung, memarang, membacok: petani itu telah ~ lembu yg memakan padinya; ~ meramu menebang kayu-kayan utk membuat rumah; tetak-menetak saling menetak, bertetakan; menetakkan memarangkan; tetakan hasil drpd perbuatan menetak, pukulan atau ayunan menetak: sebatang kayu yg tersadai di tebing sungai menjadi sasaran ~ badik Tun Daik; penetakan perbuatan menetak, pemarangan, pemancungan, pembacokan; penetak 1. orang yg menetak, pemarang, pemancung, pembacok; 2. alat utk menetak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjah | ; menerjah 1 menyerbu, melanda, merempuh dsb dgn tidak mempedulikan apa-apa; melanggar: Berbekalkan wang RM5,000, Izat ~ kabus desa dgn teksi menuju ke Kuala Lumpur. 2 tiba, datang dsb dgn laju dan cepat lalu masuk ke dlm atau melanda sesuatu: Pemain itu melakukan sepakan kencang dan bola terus ~ jaring pasukan lawan. Persoalan benarkah kata-kata itu terus ~ fikiranku. Kertas-kertas usang yg menyelimutinya melayang diterjah angin. menerjahkan 1 menghulurkan (senjata, kayu dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Mangsa serangan mengelak drpd terkena senjata tajam yg diterjahkan ke arahnya. 2 mengemukakan (soalan, kemusykilan dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Tanpa henti, para penonton ~ soalan-soalan yg berkaitan dgn tajuk ceramah. terjahan yg diterjahkan; hasil menerjah: ~nya yg mendadak merenggut tali penambat di pancang. Dia membiarkan cebisan surat berselerak akibat ~ angin yg sekali-sekala demikian menggila. penerjahan perihal, perbuatan dsb menerjah atau menerjahkan. penerjah sesuatu atau seseorang yg menerjah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jarum I | 1. keluli halus yg tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang (tempat memasukkan benang) utk menjahit dll; seni ~ kepandaian mempergunakan jarum dan benang (utk menjahit dll); 2. benda tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pd jam): doktor itu menyuntik dgn ~ kasar; ~ jam menunjukkan pukul tujuh; 3. ki tipu muslihat yg halus: Presiden Nasser pula memainkan ~nya mengenai pengiriman senjata-senjata oleh Jerman Barat kpd Israel; ~ biku jarum peniti; ~ guni (karung) jarum kasar utk menjahit guni (karung); ~ jahit jarum utk menjahit; ~ kait jarum yg berkait (utk membuat renda dll); ~ layar jarum besar utk menjahit layar; ~ panjang jarum yg menunjukkan minit; ~ pendek jarum yg menunjukkan jam; ~ peniti = ~ penyemat jarum utk menyemat baju dll; ~ tisik jarum utk menisik; jarum-jarum jarum penunjuk pd alat timbang; berjarum 1. ada memakai jarum; 2. Id sedang disuntik; menjarum 1. mencucuk (membuat lubang, menyemat) dgn jarum; 2. Id menyuntik; 3. sesuatu yg menyerupai jarum (spt rumput, padi, rambut); menjarumi ki meresap masuk ke dlm, menusuk: yg dapat saya lakukan hanyalah merenung surat-surat yg tidak sempurna itu dan cuba mengusir kesedihan yg mulai ~ perasaan; terjarum 1. tersemat, tercucuk; 2. tertipu (dgn cara halus); jaruman 1. jahitan; 2. tipu daya yg sangat halus; 3. = penjaruman barua, muncikari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senjata | 1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah diguna-kan sbg ~ tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata; meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang; 2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk memancing undi ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi atau baris pd tulisan Arab (fathah, kasrah, dll); ~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memu-daratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan; ~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~ konvensional senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri; bersenjata memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; bersenjatakan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |