Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jatuh cinta, berkenan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Pisau kecil hulunya gewang,
     Jatuh ke kaki haram tak luka;
Dara kecil permainan abang,
     Jatuh hati haram tak lupa.


Lihat selanjutnya...(20)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rurut IMn gugur, jatuh: telah ~ bunga hayatku sebelum dia mekar; ~ hati jatuh hati, terharu hati; lurut II.Kamus Dewan Edisi Keempat
jatuh hatijatuh cinta, berkenan;Kamus Dewan Edisi Keempat
jatuh hati (kasih)menaruh cinta kpd seseorang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jatuh hatia) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
jatuh hati= ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd;Kamus Dewan Edisi Keempat
rurut hatijatuh hati, terharu hati; lurut II.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersangkut hatijatuh hati kpd, terpikat;Kamus Dewan Edisi Keempat
gugur hatiterpikat pd seseorang; jatuh cinta pd seseorang; jatuh hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lenyap1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat itu ~lah ia kepada­nya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya; melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan; melenyapkan menghilangkan, memusnah­kan, merosakkan: ia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~ angan-angan; kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, ke­musnahan; pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gugur1. jatuh, luruh (buah dll): buah yg tak ~-~; 2. jatuh sebelum masak (buah-buahan); 3. lahir sebelum cukup bulan (anak kecil): anak ~; 4. runtuh (tanah dll); 5. mati (terkorban) dlm pertempuran: telah banyak pahlawan Kedah yg ~; 6. hilang, habis (hak dll): kalau sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun lamanya akan ~ haknya utk mengundi dlm majlis perhimpunan agung; ~ hati jatuh hati, jatuh cinta; ~ talak jatuh talak (diceraikan); bunga ~, putik pun ~ prb setiap yg hidup akan mati (dgn tidak memandang umur); berguguran gugur dgn banyaknya: papan dinding rumahnya ~ jatuh berkeping-keping kerana sudah tua; menggugurkan 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut;keguguran 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2.melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~;pengguguran perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggugurkan: ~ kata ‘dari’ pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis; ~ tuntutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas