Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wa.pan] | جواڤن

Definisi : jawaban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wa.pan] | جواڤن

Definisi : 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wa.pan] | جواڤن

Definisi : apa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawab
Kata Terbitan : berjawab, menjawab, jawapan,

Peribahasa

Kena pukul di punggung (= di pantat),
     gigi habis tanggal.

Bermaksud :

Sindiran (jawapan) yang tepat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jawapanapa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jawapanjawaban.Kamus Dewan Edisi Keempat
jawapan1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut;Kamus Dewan Edisi Keempat
jawapanapa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan.Kamus Pelajar
ujian objektifujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sahutjawapan yg diberikan apabila di­ta­nyai atau dipanggil: “Saya, mak”, ~ Harun. bersahutan, bersahut-sahutan sen­tiasa ada yg membalas teriakannya dll; saling membalas; berbalas-balasan: Burung-burung bernyanyi ~. menyahut 1 menjawab panggilan dll; membalas: Dia tidak ~ ketika ditanyai gurunya. 2 memberikan jawapan kpd; membalas: Tiada seorang pun yg ~ teriakannya. 3 memberikan reaksi yg positif dan melakukan apa-apa yg diusulkan: Para belia hendaklah ~ seruan kerajaan agar menjauhi dadah. sahutan kata-kata utk menyahut; jawapan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengecaman tanda optik(optical mark recognition)Teknologi input yang membaca kesan tulisan pensil pada kedudukan tertentu pada borang dengan pengecaman fotooptik untuk ditukarkan kepada kod yang dapat diproses oleh komputer. Sistem ini kerap digunakan dalam pemeriksaan kertas jawapan soalan objektif, kertas jawapan tinjauan dan pada bil pembayaran. Singkatan OMR.Kamus Komputer
objektif/objéktif/ 1 hanya mengenai hal atau pokok yg dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri. ujian ~ ujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja. 2 tujuan sesuatu perkara: Sebarang projek, sama ada kegiatan ekonomi atau kebudayaan, mestilah mempunyai ~ ke arah perpaduan kebangsaan. 3 sesuatu yg khusus yg ingin dicapai; matlamat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
soal1 = soalan 1 apa-apa yg ditanyakan dlm peperiksaan dll; apa-apa yg me­merlukan jawapan; pertanyaan: Segala ~ ttg urusan bank akan dijawab oleh Encik Sanusi. 2 sesuatu perkara yg sulit atau rumit yg perlu diselesaikan; masalah: ~ wang, engkau jangan khuatir. bersoal memberikan soal; bertanya: ~ jawab saling memberikan soalan dan jawapan. menyoal mengemukakan soal (yg sulit-sulit); menanyakan sesuatu (dlm peperiksaan dll): Pihak polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki merompak. mempersoalkan menjadikan sesuatu sbg soal atau sbg masalah: Kita tidak boleh ~ hal-hal politik dlm majlis kita ini. persoalan sesuatu yg dipersoalkan; masalah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
objektif /objéktif/1 hanya mengenai hal atau pokok yg dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri. ujian ~ ujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja. 2 tujuan sesuatu perkara: Sebarang projek sama ada kegiatan ekonomi atau kebudayaan mestilah mempunyai ~ ke arah perpaduan kebangsaan.Kamus Pelajar
12345678

Kembali ke atas