pelucutan | perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkelulusan | mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan memegang jawatan-jawatan penting; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjabat | Id 1. pegawai dll yg memegang sesuatu jawatan, pemegang jawatan; 2. orang yg mengerjakan pekerjaan (atau memegang jawatan) orang lain buat sementara, pemangku (sesuatu jawatan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peletakan jawatan | perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peletakan | perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawat | ; berjawat berjabat; berpegang: ~ tangan berjabat tangan; bersalam. menjawat 1 memegang: ~ tangan; ~ lembing. 2 menjalankan sesuatu pekerjaan; menjabat: Dialah yg mula-mula ~ jawatan Jeneral. jawatan pangkat atau pekerjaan: Dia telah meletakkan ~nya minggu lalu. berjawatan memegang jawatan: Ia sekarang ~ pegawai di Kementerian Luar Negeri. perjawatan sesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (pelantikan dsb). penjawat pemegang jawatan: ~ istana pekerja (pengawal) dlm istana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
makzul | berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; meletakkan jawatan; turun dr takhta. memakzulkan menurunkan seseorang drpd jawatannya atau dr takhtanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jawatan (kerja) kosong | jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawatan tera | Id jawatan metrologi (yg mengurus pengawasan dan pemeriksaan timbangan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melucutkan jawatan | memberhentikan (drpd jawatan), memecat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |