khas | Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg bertanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; mengekhaskan mengkhususkan, mengistimewakan, menguntukkan (bagi orang, kegunaan, dll yg tertentu): kawasan yg dikhaskan utk memelihara binatang ternakan; asrama yg dikhaskan utk penuntut-penuntut perempuan; terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja; kekhasan kekhususan, keistimewaan, keunggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawatankuasa | sekumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia; ~ ad hoc jawatankuasa khas yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu tanpa perancangan awal; ~ induk jawatankuasa utama yg dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil; ~ kecil jawatankuasa yg dibentuk di bawah jawatankuasa induk utk menjalankan tugas tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil; ~ pemandu jawatankuasa yg berfungsi menentukan tertib kegiatan tertentu serta mengawasi arah perjalanannya agar mencapai matlamat yg dikehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawatankuasa kecil | jawatankuasa yg dibentuk di bawah jawatankuasa induk utk menjalankan tugas tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawatankuasa induk | jawatankuasa utama yg dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawatankuasa perinci | jawatankuasa perancang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawatankuasa khas | jawatankuasa yg bertanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawatankuasa ad hoc | jawatankuasa khas yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu tanpa perancangan awal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawatankuasa | beberapa orang yg dilantik atau yg dipilih utk mengurus sesuatu (dlm persatuan dsb); panitia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jawatankuasa pemandu | jawatankuasa yg berfungsi menentukan tertib kegiatan tertentu serta mengawasi arah perjalanannya agar mencapai matlamat yg dikehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawatankuasa | beberapa orang yg dilantik atau yg dipilih utk mengurus sesuatu (dlm persatuan dsb); panitia. | Kamus Pelajar |