jawi-jawi | sj tumbuhan (pokok), beringin, kelat sega, Ficus benjamina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejawi | sj tumbuhan (pokok), jawi-jawi, Ficus benjamina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Jawi II | Melayu; ~ pekan (peranakan) orang yg berketurunan Melayu dan India; bahasa ~ bahasa Melayu; huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu; masuk ~ berkhatan, bersunat; padi ~ padi biasa (bukan pulut); tulisan ~ tulisan yg menggunakan huruf Jawi; menjawikan 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke dlm bahasa Melayu; 2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi: rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi; penjawian proses (usaha, perbuatan dsb) mengalih atau mengubah kpd tulisan Jawi: ~ cerita kanak-kanak yg terdapat dlm tulisan Rumi merupakan suatu usaha yg sangat baik utk memartabatkan tulisan Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Jawi peranakan | peranakan orang Melayu dgn orang Arab atau dgn orang India. huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jawi | ; masuk ~ berkhatan; bersunat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
JAWI | akronim bagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Jawi pekan (peranakan) | orang yg berketurunan Melayu dan India; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawi I | lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi; bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu ditimbangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulisan Jawi | tulisan yg menggunakan huruf Jawi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulisan Jawi | tulisan yg memakai huruf-huruf Jawi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |