jejasan | perihal jejas (luka dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejas | 1. luka sedikit, lecet, relas: jangankan terbelah, ~ pun tidak; 2. = berjejas rosak (punah, haus, binasa) pd barang spt kain baju dll, menunjukkan tanda atau kesan kerosakan: baju awak ini sudah lama, tetapi tidak juga ~; menjejaskan 1. melukakan, merosakkan: tidak seorang lelaki pun yg pernah ~ hatinya; 2. mendatangkan (meninggalkan) kesan tidak baik pd, merosakkan: peristiwa itu tidak sedikit pun ~ perhubungan mereka; terjejas (sudah) jejas, mengalami kesan tidak baik: mungkin disebabkan keyakinan itu, rumah tangga mereka teguh, tak ~ walaupun telah 29 tahun mereka bersama; jejasan perihal jejas (luka dll); penjejasan perihal menjejaskan: dgn ~ itu, keamanan dan kedamaian telah hilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |