jel | /jél/ bangunan tempat menahan orang salah; penjara: masuk ~ masuk penjara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jel | (jél) penjara; kena ~ dimasukkan ke dlm penjara; masuk ~ bp menjalani hukuman penjara; mengejel memasukkan ke dlm penjara: orang itu dijel dua minggu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jel | /jél/ rumah tempat menahan orang salah; penjara: masuk ~ masuk penjara. | Kamus Pelajar |
masuk jel | bp menjalani hukuman penjara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kena jel | dimasukkan ke dlm penjara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terongko | sl penjara, jel: kalau seseorang itu bersalah besar, ia dimasukkan ke dlm ~; menerongkokan memasukkan ke dlm pen-jara, memenjarakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bui I | IB jel, penjara; dibui dijel, dipenjarakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjara | tempat mengurung orang yg dihukum kerana membuat kesalahan; jel: Perompak itu sekarang ini sedang ditahan di ~. memenjarakan memasukkan seseorang ke dlm penjara kerana berbuat sesuatu kesalahan; mengurung dlm penjara. terpenjara 1 terkurung atau dikurung dlm penjara: Selama lima tahun, dia ~ kerana melakukan kesalahan itu. 2 ki tidak bebas (melakukan sesuatu): Jiwanya ~, walaupun dia tidak dihalang utk ke mana-mana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penjara | tempat mengurung orang yg dihukum kerana membuat kesalahan; jel: Perompak itu sekarang ini sedang ditahan di ~ Pudu. memenjarakan memasukkan seseorang ke dlm penjara kerana berbuat sesuatu kesalahan; mengurung dlm penjara. | Kamus Pelajar |
penjara | 1. tempat atau bangunan penjenayah dikurung sbg hukuman, bui, jel, kurungan, terongko, tutupan; ~ besi Kl (dlm) jagaan yg kuat, (di bawah) pemerintahan kuku besi; hukuman ~ sepanjang hayat hukuman penjara yg tempoh hukumannya berjalan sehingga pesalah itu mati; hukuman ~ seumur hidup hukuman penjara yg tempoh hukuman maksimumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pengampunan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan baik); 2. situasi apabila seseorang berasa terperangkap: pengarang itu tidak akan terlepas drpd ~ pengalamannya; memenjarai ki mengongkong, membelenggu: suara-suara protes itu bagai mengepung dan ~nya; memenjarakan mengurung penjenayah dll dlm penjara: Pangeran Agung pun dipenjarakan di dlm sebuah kota kecil; terpenjara dikurung (terkurung) dlm penjara atau seolah-olah spt dalam penjara: ramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pd mulanya merupakan orang yg paling bahagia; ada segolongan orang yg ~ dlm khurafat; pemenjaraan perihal (perbuatan) memenjarakan, perihal (keadaan) terpenjara: satu lagi bentuk hukuman ialah ~; kepenjaraan perihal penjara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |