jelajah | ; menjelajah pergi mengelilingi sesuatu tempat (utk menyelidik, makan angin dll); melancong; mengembara: Ia telah ~ ke seluruh benua Asia. menjelajahi mengunjungi sesuatu tempat utk pelancong dsb; mengembarai: Kami ingin ~ tempat yg bersejarah. penjelajahan perbuatan menjelajah atau menjelajahi. penjelajah 1 orang yg menjelajah atau menjelajahi sesuatu tempat; pelancong; pengembara. 2 = kapal ~ sj kapal perang yg sederhana besarnya tetapi laju. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jelajah II | Mn; menjelajahkan menerangkan, menghuraikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jelajah I | ; menjelajah pergi berjalan ke merata-rata tempat (utk menyelidik dll); menjelajahi mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dll) sesuatu daerah dll (utk menyelidiki dll), menjajah: mereka telah ~ seluruh semenanjung negeri Arab; sejak manusia berjaya menaiki roket mendarat di bulan, usaha-usaha utk ~ angkasa lepas telah dipertingkatkan; penjelajahan perihal menjelajahi: inilah pertama kalinya kapal terbang digunakan utk ~ di bahagian Artik; penjelajah 1. orang yg menjelajah: Amundsen ialah seorang ~ kutub bangsa Norway; 2. = kapal ~ sj kapal perang yg tidak begitu besar tetapi laju. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jelajah | menjelajah pergi mengelilingi sesuatu tempat (utk menyelidik, makan angin dll); melancong; mengembara:<i>Ia telah ~ ke seluruh benua Asia.i> menjelajahi mengunjungi sesuatu tempat utk melancong dsb; mengembarai:<i>Kami ingin ~ tempat yg bersejarah.i> penjelajahan perbuatan menjelajah atau menjelajahi. penjelajah 1. orang yg menjelajah atau menjelajahi sesuatu tempat; pelancong; pengembara. 2. = <i>kapal ~i> sj kapal perang yg sederhana besarnya tetapi laju. | Kamus Pelajar |
kawalan jelajah(cruise control) | Kemudahan dalam atur cara untuk membantu pengguna menyelak dan meneliti dokumen yang besar atau rekod yang banyak dengan mudah, tanpa banyak menaip. | Kamus Komputer |
merapah | 1. berjalan atau berlari memijak-mijak (tanaman dll): mereka mara ke hadapan ~ lalang; pokok padi habis dirapah; 2. ark pergi ke mana-mana, menjelajah, mengembara: beberapa bulan lamanya sudah ia ~; 3. ark membuang (mencabut) rumput, menyiang, merumput (sawah dll): rumput di sawah sudah selesai dirapah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rapah | ; merapah 1. berjalan atau berlari memijak-mijak (tanaman dll): mereka mara ke hadapan ~ lalang; pokok padi habis dirapah; 2. ark pergi ke mana-mana, menjelajah, mengembara: beberapa bulan lamanya sudah ia ~; 3. ark membuang (mencabut) rumput, menyiang, merumput (sawah dll): rumput di sawah sudah selesai dirapah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |