jelik | buruk, hodoh, jahat, tidak baik: kelakuannya ~; menjelikkan memburukkan: jangan selalu ~ kawan; kejelikan keburukan: karya Ibrahim Omar ini menampakkan ~ hidup manusia Melayu di kota-kota. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jelik | tidak baik; jahat; buruk; Perangainya ~. | Kamus Pelajar |
jelik | tidak baik; jahat; buruk; Perangainya ~. kejelikan keadaan atau sifat jelik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hodoh | 1. buruk, jelik (rupa dll); 2. terlalu bodoh (dungu); menghodohkan menyebabkan buruk, jelik (rupa dll): parut di muka memang ~ wajah; kehodohan keadaan atau sifat hodoh: sukar utk kita mengakui ~ hidup kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghodohkan | menyebabkan buruk, jelik (rupa dll): parut di muka memang ~ wajah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejelikan | keadaan atau sifat jelik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendedahan | 1. perihal mendedahkan (memaparkan, menampakkan, memperlihatkan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dedah | ; terdedah 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; keterdedahan perihal (keadaan) terdedah: teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yg wujud dlm negeri; dedahan 1. sesuatu yg didedahkan; 2. hasil mendedahkan; pendedahan 1. perihal mendedahkan (memaparkan, menampakkan, memperlihatkan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |