jemur | padi yg dikeringkan di tengah panas: membangkit ~ mengangkat padi yg dijemur. berjemur berpanas dlm cahaya matahari: Budak itu pengsan kerana terlalu lama ~. menjemur memanaskan atau mengeringkan sesuatu dlm panas matahari: Emak sedang ~ kain semasa orang itu datang. jemuran 1 benda-benda (spt kain padi dll) yg dijemur. 2 alat (spt tali, galah dsb) utk menjemur. penjemuran 1 tempat menjemur. 2 perbuatan atau hal menjemur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jemur | padi yg dikeringkan di tengah panas:membangkit ~ mengangkat padi yg dijemur. berjemur berpanas dlm cahaya matahari:Budak itu pengsan kerana terlalu lama ~. menjemur memanaskan atau mengeringkan sesuatu dlm panas matahari: Emak sedang ~ kain semasa orang itu datang. jemuran 1. benda-benda (spt kain padi dll) yg dijemur. 2. alat (spt tali, galah dsb) utk menjemur. penjemuran 1. tempat menjemur. 2. perbuatan atau hal menjemur. | Kamus Pelajar |
jemur | 1. perihal mengeringkan (di panas matahari); dihukum ~ dihukum dgn diletakkan di panas matahari; 2. Id mandi (memanaskan badan) dgn panas matahari; 3. Mn padi yg dijemur; membangkit ~ mengangkat padi yg sudah dijemur; ~ terkekar, ayam tiba prb baru sahaja dikeluarkan barang dagangan, sudah banyak orang datang membeli; berjemur mengeringkan (memanaskan) badan di panas matahari: dia ~ di atas pasir; menjemur mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~ padinya di tepi bendangnya; ~ dada ki berjalan membusungkan dada (sombong); ~ sementara hari panas prb kesempatan yg baik itu janganlah dilepaskan; meski ke langit akan ~, kalau hari tak panas tak juga kering prb kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan beruntung juga; terjemur dijemur, kena jemur; jemuran 1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah; penjemuran tempat (alat dll) utk menjemur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membangkit jemur | mengangkat padi yg sudah dijemur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dihukum jemur | dihukum dgn diletakkan di panas matahari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galah jemur | kayu yg dipasang melintang antara dua tiang dgn pacakan beberapa batang paku padanya, digunakan sbg tempat menyangkut, meregangkan, dan menjemur kain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terampai jemur | Mn waktu pagi kira-kira pukul lapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjemur | dijemur, kena jemur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palas-palas | rak atau para-para tempat menjemur dll; rumah ~ rumah atau tempat tinggi utk menjaga (mengawasi) dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terampai | 1. tergantung spt di ampaian, tersidai; 2. tersampir; 3. tersandar(kan); 4. tidak mendap, terapung; ~ jemur Mn waktu pagi kira-kira pukul lapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |