kapok | Jw jera (tidak mahu melakukan lagi), serik; mengapokkan menghukum dsb supaya serik atau jera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jera | tidak mahu (berani dll) berbuat lagi, serik, kapok, jeran: ia telah ~ bergaul dgn pemuda itu; menjerakan menjadikan jera, menyebabkan serik, menjerankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jeran | jera, serik; menjerankan menjerakan, menyerikkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjerakan | menjadikan jera, menyebabkan serik, menjerankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perit II | Kl jera, serik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menangankan | memukuli (dgn tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak mengenangkan ketololan adiknya, tadi lagi sudah ditanganinya; suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lasi | Mn tidak berani (lagi), jera, serik, takut; melasi, melasikan membuat orang takut, menakutkan, menggertak, menjerakan; lasian ketakutan; pelasi penakut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengapokkan | menghukum dsb supaya serik atau jera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serik I | tidak mahu melakukan lagi (kerana sudah menderita atau sudah melihat orang lain yg menderita akibat perbuatan itu), jera, takut: kehendak hati hamba bunuh dia, supaya yg lain ~; menyerikkan menyebabkan seseorang berasa serik: hukuman yg ringan itu tidak akan ~ mereka utk mengulangi kesalahan yg sama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
polong I | 1. sj hantu yg suka mengacau orang (membuat orang sakit); 2. sj penyakit urat saraf (kerana kena guna-guna); spt ~ kena sembur prb berlari dgn pantas kerana ketakutan (jera dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |