jihad | 1 peperangan suci melawan orang kafir kerana mempertahankan agama Islam; perang sabil. 2 perlawanan utk mempertahankan sesuatu yg baik atau utk menentang sesuatu yg tidak baik. berjihad melakukan jihad. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jihad | Ar 1. usaha yg bersungguh-sungguh utk mencapai kebaikan yg diredai Allah; 2. penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yg hendak merosakkan negara dll (spt hawa nafsu, diktator, dll); berjihad melakukan jihad: penduduk negeri diseru supaya ~ utk menentang rejim diktator itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jihad | 1. peperangan suci melawan orang kafir kerana mempertahankan agama Islam; perang sabil. 2. perlawanan utk mempertahankan sesuatu yg baik atau utk menentang sesuatu yg tidak baik. berjihad melakukan jihad. | Kamus Pelajar |
berjihad | melakukan jihad. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjihad | melakukan jihad: penduduk negeri diseru supaya ~ utk menentang rejim diktator itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjihad | melakukan jihad. | Kamus Pelajar |
perang sabil | perang utk memper-tahankan agama Islam, jihad; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengiktikadkan | meyakini, percaya akan, mempercayai: asal mula erti kata al-jihad ialah mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan yg diiktikadkan oleh manusia bahawa jalan itulah yg hak dan benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merezekikan | memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mujahadat | Ar 1. perang atau perjuangan utk mempertahankan agama Islam, perang sabil; 2. jihad atau perjuangan melawan hawa nafsu: ilham di kalangan ahli sufi lahir drpd kejernihan hati dan ~ jiwa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |