joki | orang yg menunggang kuda lumba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
joki kereta | orang yg kerjanya meletakkan kereta pengunjung hotel dsb di tempat letak kereta yg betul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
joki | orang yg menunggang kuda dlm perlumbaan terutama sbg profesionnya; ~ kereta orang yg kerjanya meletakkan kereta pengunjung hotel dsb di tempat letak kereta yg betul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
joki | orang yg menunggang kuda lumba. | Kamus Pelajar |
anak pacuan | penunggang kuda lumba, joki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menderapkan | melarikan (menyebabkan kuda berlari) dgn kuat: joki ~ kudanya keliling padang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pacuan | 1. perlumbaan (kuda, sapi, dll); anak ~ penunggang kuda lumba, joki; kuda ~ kuda lumba; 2. tempat atau padang perlumbaan (kuda dll); 3. yg dipacu oleh: kenderaan ~ empat roda; ~ empat roda sistem kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya berkuasa menggerakkan kenderaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derap II | berlari cepat (kuda dll); menderapkan melarikan (menyebabkan kuda berlari) dgn kuat: joki ~ kudanya keliling padang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pacu | 1. besi tajam atau bulat bergigi-gigi yg dilekatkan pd tumit kasut (dipakai utk mencepatkan kuda berlari); 2. (Komp) tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan; 3. (Komp) tindakan menyalurkan data atau isyarat dr satu titik ke titik yg lain; berpacu 1. ada pacunya, memakai pacu; 2. digertak dgn pacu supaya berlari deras; 3. berlumba lari dll; ~ kuda berlumba kuda; memacu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing; pacuan 1. perlumbaan (kuda, sapi, dll); anak ~ penunggang kuda lumba, joki; kuda ~ kuda lumba; 2. tempat atau padang perlumbaan (kuda dll); 3. yg dipacu oleh: kenderaan ~ empat roda; ~ empat roda sistem kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya berkuasa menggerakkan kenderaan; pemacuan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) memacu: penguasaan teknologi maklumat serta ~ pertumbuhan ekonomi negara; ~ kuda; pemacu 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan komputer yg digunakan utk menyimpan dan mendapatkan kembali data pd cakera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |