jolong-jolong II | ; perahu ~ sj perahu yg haluannya berparuh panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jolong-jolong I | ; buaya ~ buaya yg muncungnya panjang tirus, Tomistoma schlegeli; ikan ~ sj ikan laut yg muncungnya panjang lancip, julung-julung, Hemirhamphus spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jolong-jolong banang | sj ikan laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perahu jolong-jolong | sj perahu yg haluannya berparuh panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikan jolong-jolong | sj ikan laut yg muncungnya panjang lancip | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buaya jolong-jolong | buaya yg muncungnya panjang tirus, Tomistoma schlegeli | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senjolong | sj ikan laut, jolong-jolong, pupu, sembir, Hemirhamphus spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banang | ark besar (dlm nama benda): duku ~; jolong-jolong ~ = puput ~ sj ikan laut; siput ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buaya I | 1. sj reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air: Crocodilus spp.; jenis-jenisnya: ~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus; ~ jolong-jolong = ~ jenjulung, Tomistoma schlegeli; ~ serunai, Crocodilus siamensis; 2. = ~ darat ki lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; adakah ~ menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan; air tenang, jangan disangka tiada ~ prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll); bergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang; kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; tak akan terlawan ~ menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll); tak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu; membuaya 1. menyerupai buaya, merangkak, meluncur; 2. berkelakuan spt buaya darat; membuayai 1. menipu, mengakali; 2. menggertak;kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan: ia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dlm novelnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jolong | 1. Ph (lebih) tinggi drpd yg lain (manusia dll); 2. Kl tabung buluh yg panjang utk mengambil air, calung; menjolong ark menjulur keluar, menonjol panjang keluar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |