borong | secara keseluruhan atau besar-besaran (jual beli, pekerjaan, dll); jual ~ jual keseluruhannya; pedagang ~ orang yg berdagang secara besar-besaran (bukan pedagang runcit); memborong 1. membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: diborongnya habis segala barang dagangan yg datang dr negeri China; 2. melakukan pekerjaan secara keseluruhan hingga selesai: ~ pembuatan jalan;memborongkan 1. menjual keseluruhannya: hasil kebun telah diborongkannya kpd seorang saudagar Cina; 2. memberi pekerjaan kpd seseorang utk dikerjakan seluruhnya: pembangunan gedung ini diborongkan kpd orang yg telah memasukkan tawaran; borongan 1. pembelian (penjualan dll) secara keseluruhan: barang ini tidak dijual satu persatu tetapi ~; 2. pekerjaan dll yg diborongkan: nilai pekerjaan mesti menurut ketentuan dlm perjanjian ~, kalau tidak bangunan itu dirombak kembali; pemborongan perihal atau perbuatan memborong(kan);pemborong 1. orang yg membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: hasil kebun itu dijualnya kpd seorang ~; 2. orang yg melakukan pekerjaan keseluruhannya: kontrak mendirikan bangunan itu diberikan kpd seorang ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jual(an) runcit | jual(an) secara kecil-kecilan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akad jual beli | perjanjian jual beli | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akad | Ar janji, perjanjian; ~ jual beli perjanjian jual beli; berakad mengikat perjanjian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
transaksi | IB 1. penyelesaian pembayaran dlm perniagaan (perdagangan); 2. persetujuan jual beli, urusan jual beli (perdagangan), urus niaga: bahasa Inggeris digunakan utk membuat ~ perdagangan dgn semua provinsi India. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urus niaga | urusan perniagaan, kegiatan jual beli; berurus niaga berurusan jual beli: kecemer-langan ~; peniaga Jerman dikehendaki mendapatkan lesen utk ~ dgn firma asing; mengurusniagakan menjalankan kegiatan jual beli (perniagaan dsb): sejumlah 9000 unit saham Metrojaya diurusniagakan sebaik sahaja pasaran dibuka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runcit | bermacam-macam, beraneka warna, berbagai-bagai: menjual barang-barang ~; kedai ~ a) kedai yg menjual barang secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna); b) kedai yg menjual barang yg bermacam-macam; jual(an) ~ jual(an) secara kecil-kecilan; penjual ~ penjual berbagai-bagai barang; perbelanjaan ~ perbelanjaan utk membeli barang yg kecil-kecil atau sedikit-sedikit; beruncit; beruncit-runcit sedikit demi sedikit, berdikit-dikit, beransur-ansur: mengutip yuran ~ itu akan menambahkan kerja kpd semua peringkat; peruncitan (yg berkaitan dgn) perniagaan runcit (iaitu pembelian dan penjualan barangan secara sedikit-sedikit: konsep ~; sistem ~; peruncit peniaga secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna), peniaga runcit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jual beli | hal menjual dan membeli. berjual beli berpencarian dgn menjual dan membeli barang-barang. memperjualbelikan menjual dan membeli barang-barang; memperniagakan; memperdagangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jual | ; berjual berpencarian dgn memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang: Bapanya ~ nasi lemak di perhentian bas. ~ beli menjual dan membeli barang-barang; berniaga. menjual memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. ~ nama memakai nama orang utk kepentingan sendiri atau utk menipu. menjualkan menjual sesuatu utk orang lain. terjual telah atau dpt dijual. jualan barang-barang yg dijual; dagangan. ~ langsung cara menjual sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna. penjualan perbuatan atau hal menjual: ~ rumah-rumah mewah agak lembap sekarang. penjual orang yg menjual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jual temberang | bercakap bohong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |