Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jual kan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menjualkanmenjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah jual­kan beta cincin ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
borongsecara keseluruhan atau besar-besaran (jual beli, pekerjaan, dll); jual ~ jual keseluruhannya; pedagang ~ orang yg berdagang secara besar-besaran (bukan pedagang runcit); memborong 1. membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: diborongnya habis segala barang dagangan yg datang dr negeri China; 2. melakukan pekerjaan secara keseluruhan hingga selesai: ~ pembuatan jalan;memborongkan 1. menjual keseluruhannya: hasil kebun telah diborongkannya kpd seorang saudagar Cina; 2. memberi pekerjaan kpd seseorang utk dikerjakan seluruhnya: pembangunan gedung ini diborongkan kpd orang yg telah memasukkan tawaran; borongan 1. pembelian (penjualan dll) secara keseluruhan: barang ini tidak dijual satu persatu tetapi ~; 2. pekerjaan dll yg diborongkan: nilai pekerjaan mesti menurut ketentuan dlm perjanjian ~, kalau tidak bangunan itu dirombak kembali; pemborongan perihal atau perbuatan memborong(kan);pemborong 1. orang yg membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: hasil kebun itu dijualnya kpd seorang ~; 2. orang yg melakukan pekerjaan keseluruhannya: kontrak mendirikan bangunan itu diberikan kpd seorang ~ Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
jualbp = berjual, menjual; ~ lagak me­nunjuk-nunjukkan lagak, (berlagak) som­bong; ~ mahal tidak mudah atau segera menerima atau menyetujui sesuatu; ~ murah a) menjual barang dgn potongan harga yg banyak; b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu; harga ~ harga barang tertentu yg dijual; berjual 1. mencari rezeki (nafkah, pen­da­patan, dsb) dgn memperniagakan sesuatu, berniaga: di Taiping banyak orang yg ~ nasi di tepi jalan; 2. Mn sudah (akan) dijual: kain-kain tiada ~ lagi; berjualan (bkn beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga, berdagang: di situ ramai juga orang ~; menjual menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan di­mintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak mem­peragakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) mem­buat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak men­jual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk ke­pentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; menjuali acap kali menjual, banyak barang yg dijual; menjualkan menjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah jual­kan beta cincin ini; terjual 1. sudah dijual: semua barang dagang­an di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri; jualan 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pe­langgan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan men­dapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; penjualan 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis (garam dll); penjual orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu.Kamus Dewan Edisi Keempat
sewa(séwa) 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai­menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh diguna­kan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk meng­gunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran; menyewa menggunakan (meminjam) dgn membayar sewa: sekarang mereka ~ sebuah bilik kecil; menyewakan = mempersewakan mem­beri orang lain menggunakan sesuatu dgn mengutip sewa: tuan rumah itu juga turut tertangkap kerana ~ rumahnya utk tempat berjudi; rumah-rumah petak itu didirikannya utk dipersewakan; tersewa berupaya (mampu) membayar sewa­nya: saya berpindah dr sebuah kedai ke rumah petak kecil, disewa berkongsi-kongsi, sebab tidak ~ sendiri; sewaan sesuatu yg disewa (disewakan): selepas perang mereka tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India; penyewaan perbuatan menyewa(kan); penyewa 1. orang yg menyewa: di serambi rumah itu memang banyak disediakan kerusi utk ~ duduk-duduk mengambil angin waktu petang; 2. wang dll utk membayar sewa: wang ~ rumah; ~ kecil orang lain yg menyewa tanah, rumah dsb drpd penyewa utamanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
harga pasaran(Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentu­kan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham;Kamus Dewan Edisi Keempat
kira-kira1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka;Kamus Dewan Edisi Keempat
si I1. kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melaku­kan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ pen­jual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh.Kamus Dewan Edisi Keempat
dagang I1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau di­minta, mudah membantu kalau ~ kesukar­an; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniaga­kan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun ter­lalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup men­derita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri ber­bagai-bagai orang asing yg mendatang (sau­dagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana me­men­tingkan urusan orang lain; perahu ber­tambatan, ~ bertepatan prb melakukan se­suatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan bia­sa­nya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak ke­untungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan men­­jadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya mem­perdagangkan barang-barang dagang­an­nya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn ber­hutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cer­gas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah beli­an dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan ber­ku­rangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg di­ce­rita­kannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memaju­kan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan an­tara­bangsa yg tidak dikenakan sebarang se­katan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot per­dagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perda­gangan yg dijalankan secara haram (tanpa mem­bayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd me­rapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan se­cara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd sau­dagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasa­nya dgn sedikit-sedikit.Kamus Dewan Edisi Keempat
buku IIhelaian kertas berjilid yg berisi tulisan dsb utk dibaca atau yg mengandungi ruangan kosong utk ditulis; ~ akaun set rekod (termasuk lejar, invois, perjanjian, surat-menyurat, dll) dlm perakaunan utk mencatatkan semua urus niaga sesebuah organisasi; ~ catatan buku tempat ditulis catatan; ~ harian a) buku catatan kirakira jual beli hari-hari; b) buku catatan harian (pd kapal dll); ~ hitam buku yg mencatatkan nama-nama orang yg dianggap berbahaya dll; ~ jualan harian rekod khas setiap jualan barang niaga yg dicatat buat pertama kalinya; ~ kecil buku yg kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu; ~ kedatangan buku yg menandakan kehadiran murid ke sekolah setiap hari; ~ kerja buku yg mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu hal yg diajarkan serta soalan-soalan yg perlu dijawab oleh pelajar; ~ kosong buku yg belum bertulis (bercetak) apa-apa di dlmnya; ~ laporan buku yg mengandungi laporan (tentang kerja dsb); ~ latihan = ~ rampaian buku utk murid sekolah membuat latihan berhubung dgn sesuatu pelajaran); ~ panduan buku yg menjadi panduan dlm mengerjakan sesuatu pekerjaan; ~ pelawat buku yg mengandungi tandatangan pelawat ke sesuatu tempat; ~ putih buku yg mengandungi keterangan kerajaan tentang sesuatu; ~ rujukan buku tempat mencari keterangan yg lebih lanjut; ~ sekolah buku yg dipakai oleh murid (pelajar) sekolah; ~ simpanan bank buku yg dikeluarkan oleh bank kpd pelanggannya, yg mengandungi rekod kira-kira simpanan pelanggan di dlm bank; ~ teks buku yg digunakan oleh pelajar sbg buku rujukan yg standard utk sesuatu mata pelajaran tertentu; ~ terpakai buku yg sudah digunakan oleh seseorang dan dijual kembali; ~ tulis buku kosong utk menulis; ~ tunai buku yg mencatatkan wang tunai yg diterima dan dikeluarkan; tidak masuk ~ bp tidak masuk kira;membukukan 1. mencatat(kan) dlm buku: segala penjualan mesti dibukukan; 2. menerbitkan sbg buku atau dlm bentuk buku, menjadikan buku atau berupa buku: kerja mereka ialah merakamkan cerita pelipur lara yg kemudian akan dibukukan; kertas kerja dan hasil seminar tersebut cukup baik jikalau dibukukan dan didokumentasikan;kebukuan spt bahasa tulisan (formal): perkataan itu agak ~ bunyinya;pembukuan 1. perihal mencatat dlm buku: ~ hasil urus niaga mestilah dilakukan setiap hari; 2. penerbitan (pengeluaran dsb) dlm bentuk buku: ~ puisi juga diberi perhatian oleh para penerbit.Kamus Dewan Edisi Keempat
kusut I1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut; ~ diselesaikan, keruh diperjernih prb per­sengketaan hendaklah diselesaikan (didamai­kan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna peker­jaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan; berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll); mengusut menjadi kusut; mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu; kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas