Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua.ra] | جوارا

Definisi : 1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu; ~ ayam jurusabung (yg menjaga serta melatih) ayam; 2. orang yg memimpin sesuatu majlis jamuan dll; 3. johan (dlm pertandingan dll): ~ Piala Thomas; ~ anggar johan permainan anggar; ~ bersama pemenang yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain (kerana kedua-duanya men­dapat mata dsb yg sama); ~ bertahan = ~ me­nanti orang yg memegang sesuatu ke­johanan dan kini bertanding utk mem­per­tahankan kejohanannya; ~ dikir Kl tukang karut dan tukang lagu dlm dikir barat; 4. ahli dlm sesuatu permainan dll: dia memang ~ fasal pakaian; 5. orang kedua penting dlm persembahan dikir barat yg tugasnya me­mulakan dikir barat dlm keadaan duduk dan diikuti oleh awak-awak; adat ~ kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi); bersahabat dgn ~, selilit benang bulang tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula; menjuarai 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2. mem­perjuangkan (mempertahankan, me­nyo­kong, dsb) dgn sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku men­jadi orang politik yg seratus peratus ~ nasib rakyat; kejuaraan 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.ra] | جوارا

Definisi : ; ikan ~ sj ikan sungai, Pangasuis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.ra] | جوارا

Definisi : 1 johan dlm sesuatu pertandingan atau perlawanan: Kugiran Titiwangsa telah menjadi ~ pd tahun 1971. 2 ahli dlm sesuatu bidang: Dia memang ~ dlm hal masak-memasak. 3 pemimpin dan pelerai dlm perjudian (gelanggang menyabung ayam dll). 4 pemimpin dlm sesuatu pesta atau majlis keramaian. kejuaraan 1 pertandingan utk menentukan johan atau juara. 2 kehandalan dlm olahraga; keunggulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juara (kata nama)
Bersinonim dengan johan, jaguh, pemenang, jago, campian;,
Kata Terbitan : menjuarai, kejuaraan,

Puisi
 

Raja bermadah mandi bersiram,
     Burung merpati terbang sila;
Berapa lama tuah ayam,
     Mati gelanggang bujang juara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
juara II; ikan ~ sj ikan sungai, Pangasuis spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
juara dikirKl tukang karut dan tukang lagu dlm dikir baratKamus Dewan Edisi Keempat
juara me­nantiorang yg memegang sesuatu ke­johanan dan kini bertanding utk mem­per­tahankan kejohanannyaKamus Dewan Edisi Keempat
juara bertahan= ~ me­nanti orang yg memegang sesuatu ke­johanan dan kini bertanding utk mem­per­tahankan kejohanannyaKamus Dewan Edisi Keempat
juara bersamapemenang yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain (kerana kedua-duanya men­dapat mata dsb yg sama)Kamus Dewan Edisi Keempat
juara anggarjohan permainan anggarKamus Dewan Edisi Keempat
juara ayamjurusabung (yg menjaga serta melatih) ayamKamus Dewan Edisi Keempat
menggulingkan1 menolak supaya berguling; menyebabkan berguling: Siapa yg ~ balak itu ke sungai? 2 ki menjadikan seseorang jatuh dr kedudukannya, pangkatnya dsb; menjatuhkan: Segala usaha utk ~ kerajaan telah gagal. 3 menjadikan seseorang juara kalah dlm pertandingan dsb; mengalahkan: Juara tenis dr Australia itu telah ~ juara dr England.Kamus Pelajar Edisi Kedua
johan1. sl dunia, alam; 2. orang yg menang dlm pertandingan, juara; ~ arifin orang yg utama di antara cerdik pandai; ~ pahlawan pahlawan dunia, orang yg gagah berani; ~ tinju juara tinju; kejohanan pertandingan dsb utk me­nen­tukan johan, kejuaraan; ~ terbuka pertandingan utk menentukan johan yg dibuka kpd sesiapa sahaja yg ingin bertanding; ~ tertutup pertandingan utk menentukan johan yg penyertaannya di­bataskan kpd petanding-petanding tertentu sahaja (misalnya kpd warganegara yg meng­anjurkan kejohanan).Kamus Dewan Edisi Keempat
juara1 johan dlm sesuatu pertandingan atau perlawanan: Kugiran Titiwangsa telah menjadi ~ pd tahun 1971. 2 ahli dlm sesuatu bidang: Dia memang ~ dlm hal masak-memasak. 3 pemimpin dan pelerai dlm perjudian (gelanggang menyabung ayam dll). 4 pemimpin dlm sesuatu pesta atau majlis keramaian. kejuaraan 1 pertandingan utk menentukan johan atau juara. 2 kehandalan dlm olahraga; keunggulan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas