pun | 1. juga, dan demikian juga: memang saya ~ berpendapat demikian; perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; esok ~ boleh saya ambilkan; itu ~ dia datang; permintaannya itu sudah ~ diterima; 2. biar, kendati, meski, walau: susah ~ dikerjakannya juga; hendak tidak ~ makan jugalah saya; 3. bahkan, malahan, sedangkan... (apa lagi...): duduk ~ penat apa lagi berjalan; jangankan menegur memandang ~ tidak hendak; 4. apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua: apa ~ dikerjakannya (juga); siapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini; 5. ~ ...lah utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~ tumbuhlah; 6. utk menguatkan serta menegaskan pokok ayat: setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dlm istana; 7. = sekali ~ sekali juga; kalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu; tidak bayar ~ tidak apa; apalah yg Ida berikan kpd abang tu; tidak sejemput ~ tidak sedikit jua pun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sahaja | 1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh ~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~; siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang: disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10. spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan; bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pengaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar; menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja sebab akal budak; menyahajakan 1. menyederhanakan, memu-dahkan; 2. melakukan dgn sengaja; kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan; persahajaan perihal bersahaja; saja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
di samping | 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juga | 1 sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun: Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2 selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serta | 1. turut, bersama, ikut, mengikut: Australia telah menyatakan hasratnya utk ~ dlm persidangan itu; jikalau datang kpd had nyawa sekalipun yg pekerjaan tuan hamba ~lah hamba; apabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dr darat; 2. = berserta bersama-sama (dgn): maka dipilihnya empat puluh anak peria yg baik-baik, dibawanya ~; 3. dan juga, juga: Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja; 4. sebaik sahaja, demi, apabila: maka baginda diam pd suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak; 5. sambil, seraya: “Benar pula itu,” kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kpd Sutan Baginda; 6. baharu sahaja, sesudah: ~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kpd ibunya; serta-serta = serta-menyertai; berserta bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; menyertai 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn, menemani, mengawani (utk menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? serta-menyertai turut serta (dlm hal orang dll), ikut mencampuri; menyertakan, mempersertakan 1. mem-biarkan menyertai, memperikutkan; 2. me-ngembarkan bersama (surat dll), mengirimkan bersama (dgn); pesertaan perihal berserta; penyertaan perbuatan menyertai (menyerta-kan): ~ negara-negara anggota dlm ran-cangan-rancangan PBB; peserta orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; penyerta; kata ~ Id kata yg menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (spt “the”, “a” dan“an” dlm bahasa Inggeris, atau “der”, “die” dan “das” dlm bahasa Jerman), kata sandang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersantai-santai | berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, bersenang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersantai | , bersantai-santai berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, bersenang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meludah | membuang ludah, mengeluarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berludah | membuang ludah, mengeluarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pada II | 1 tidak kurang dan juga tidak lebih drpd yg patut; cukup: Asal ada, kecil pun ~. 2 berasa senang kerana sudah sampai hajatnya; puas: Dgn harta yg sebanyak itu, hatinya masih belum ~ juga. berpada-pada 1 tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu; berbuat sesuatu dgn seada-adanya: Buat baik ~, buat jahat jangan sekali. 2 cukup juga walaupun tidak banyak. memadai dpt mengisi atau dpt memenuhi kehendak dll; mencukupi: Segelen minyak petrol tidak ~ keperluan utk menghidupkan enjin kapal terbang yg besar. memadakan 1 menjadikan pada; menganggap cukup; mencukupkan: Dia ~ gajinya yg kecil itu dgn berjimat-jimat. 2 menjadikan puas; memuaskan: Dia berbuat begitu utk ~ hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |