Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jui.ta] | جويتا

Definisi : 1. nyawa, buah hati, kekasih: ~ku; 2. cantik, elok: emas ~; ratna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
juita
1. Rujuk cantik 1

2. Rujuk kasih kekasih


Puisi
 

Dayang Juita berjalan kaki,
     Rumah buruk tangga sembilan;
Menyuruh gila apakan jadi,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
juita1. nyawa, buah hati, kekasih: ~ku; 2. cantik, elok: emas ~; ratna ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
emas juitasl kekasih, buah hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
atmajiwa, nyawa; ~ juita sl kata cumbuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampalansesuatu yg ditampal: di dinding rumah itu penuh dgn ~ surat khabar; juita bukan kerana pakaian yg indah-indah dan emas perak yg gilang-gemilang, bukan ke­rana ~ dr luar;Kamus Dewan Edisi Keempat
emas I1. sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll); 2. sl mata wang (mengandungi 161 tahil emas): bagaimana orang kaya memberi emas hanya se~; pd masa inilah beras mahal di Riau, berharga enam cupak se~; 3. ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga, dll): masa itu ~; 4. ki wang, wang suap, harta dunia; ~ bertitik sl emas yg dicanai: tangga rumah emas bertuang, ibu tangga ~ bertitik; ~ juita sl kekasih, buah hati; ~ kahwin mas kahwin, mahar; ~ kerajang perada; ~ kertas emas yg berhelai-helai; ~ lanar emas yg halus spt pasir yg terdapat dlm lanar; ~ lantak emas yg dituang (dicetak) berbatang-batang; ~ liplap emas tiruan; ~ lombong emas yg berada dlm batu-batu keras (diperoleh drpd lombong); ~ mentah emas yg belum dikerjakan; ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya; ~ putih aloi emas yg berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum; ~ sepuluh mutu emas tulen (emas yg 24 karat); ~ tempawan a) emas yg ditempa; b) sl gelaran (panggilan) pd perempuan yg cantik atau yg dikasihi; ~ tua emas yg sejati, tidak bercampur; ~ urai emas yg halus-halus spt pasir rupanya; ~ berpeti, kerbau berkandang prb harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masingmasing; bermimpi mendapat ~ takkan mem-buat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung prb sesuatu pertelingkahan itu anggaplah spt mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan); hutang ~ dapat dibayar, hutang budi dibawa mati prb budi bahasa orang tidak dapat dibalas dgn wang dan harus diingat seumur hidup; kerana ~ memas, kerana padi menjadi prb kerana kekayaan, apa yg dimaksudkan dapat dicapai; menyeberangi jambatan ~ prb berjuang utk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh; peti yg berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang prb ilmu pengetahuan yg baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja; spt ~ yg sudah tersepuh prb putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan; tak ~ bungkal diasah prb segala daya upaya dilakukan utk mencapai maksud; walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga tampak juga prb walau bagaimana sekalipun diajar orang yg biadap, perangainya yg kurang baik kelak akan kelihatan jua; beremas 1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg ~, bagaimana sekali-pun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah kehidupan; mengemas spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~;mengemasi 1. melapisi dll dgn emas; 2. menyuap, menumbuk rusuk: segala orang yg diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya;keemasan yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas: kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang ~ peluang yg paling baik; peremasan 1. barang-barang emas; 2. lapis emas; adat ~ sl adat bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg tertentu apabila ia sudah besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampal I1. perca kain dll yg dilekatkan (dijahit­kan) utk menutup barang yg koyak: ~ itu mesti menutup bahagian yg nipis di sekeliling tempat yg koyak; 2. benda yg dilekatkan, lepa, turap, plaster, pelekat; bertampal 1. memakai tampal: kain alas ini boleh dibuat drpd kain cadar yg lama tetapi tidak koyak atau ~; 2. = ~ dgn bertam­bal dgn (pelekat, iklan, dll): bangunan-bangun­­an yg indah itu di sana sininya ~ dgn iklan; menampal 1. membubuh tampal pd (baju dll yg koyak), melekatkan tampal pd, me­nam­pung: baju yg koyak itu sudah ditampal; 2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dll) pd, menampalkan pd (dgn gam dll): dinding dan pintu rumah-rumah rendah itu rata-rata ditampal dgn gambar seorang calon pilihan raya; 3. menyumbat atau memalam (gigi yg berlubang); menampali sl memberi bertampal dgn, me­nam­pal dgn: dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yg besar-besar; menampalkan 1. melekatkan perca kain dll pd; 2. merekatkan (turap, lepa, dll) pd: dibuat surat berpuluh-puluh ditampalkan pd segenap simpang; ~ kersik ke buluh prb tidak ada guna (sia-sia) memberi nasihat kpd orang yg tidak mahu mendengarnya; tertampal 1. sudah ditampal dgn; 2. terlekat pd, tertempel pd: suatu surat kenyataan ditandatangani oleh Patrick Goh, kelihatan ~ di papan kenyataan kelab; tampalan sesuatu yg ditampal: di dinding rumah itu penuh dgn ~ surat khabar; juita bukan kerana pakaian yg indah-indah dan emas perak yg gilang-gemilang, bukan ke­rana ~ dr luar; penampalan perbuatan (kerja dsb) menam­pal; penampal sesuatu (perca kain, kulit, dll) yg digunakan utk menampal: perca-perca kain itu hendaklah disimpan buat kain ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas