jujukan | susunan atau kejadian yg berturut-turut; rentetan: Perisian ialah sekumpulan ~ arahan yg akan melaksanakan operasi komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jujukan | urutan, rentetan, susunan: perisian merupakan sekumpulan ~ arahan atau atur cara yg akan melaksanakan operasi komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jujukan panggil(calling sequence) | 1. Urutan suruhan dan data yang digunakan untuk mengalihkan kawalan sistem kepada subrutin dan kemudian mengembalikan kawalan dan taraf sistem kepada rutin utama selepas subrutin selesai. 2. Peraturan dan protokol yang perlu diikuti oleh modem untuk memanggil pengkalan komputer yang lain. | Kamus Komputer |
jujukan kawalan(control sequence) | Urutan pemilihan satu per satu suruhan dalam atur cara untuk dikerjakan oleh komputer. | Kamus Komputer |
jujukan ambil(fetch sequence) | Kumpulan tindakan yang perlu dilakukan untuk memperoleh alamat bagi data atau suruhan di suatu kedudukan simpanan, dan kemudian mengambil data atau suruhan tersebut. | Kamus Komputer |
jujukan sah kuasa(authorization sequence) | Jujukan pemberi izin yang perlu diberikan kepada sistem berkeselamatan sebelum proses dibenarkan berjalan atau sebelum pengguna dibenarkan menggunakan sistem itu. | Kamus Komputer |
jujukan kumpul-semak(collating sequence) | Jujukan pengumpulan dan penyusunan objek yang disusun mengikut taraf kepentingannya. | Kamus Komputer |
cantum(merge) | 1. Penyatuan dua atau lebih jujukan unsur yang tersusun menjadi jujukan teratur yang besar. Percantuman ini mematuhi hukum aturan tertentu dan tidak mengubah unsur dalam setiap juzuk. 2. Nama suruhan yang akan menyatukan dua atau lebih fail menjadi satu fail yang besar. Kedua-dua fail biasanya tidak disatukan di hujung dan di permulaan fail tetapi disatukan berdasarkan aturan tertentu seperti isihan. | Kamus Komputer |
kitar reka bentuk(design cycle) | 1. Jujukan lengkap bagi menghasilkan sistem perisian yang bermula dengan penentuan masalah, pembentukan algoritma penyelesaian, pengekodan, pengujian, penyahpepijatan, dan pendokumenan. 2. Jujukan lengkap bagi menghasilkan sistem perkakasan yang bermula dengan penentuan masalah, pembinaan litar ujian, pengujian, pembaikan dan pengeluaran. | Kamus Komputer |
senario(scenario) | 1. Keterangan tentang sesuatu kemungkinan jujukan pelaksanaan dan kelakuan atur cara yang akan terjadi apabila dilaksanakan oleh komputer. 2. Suasana bagi keadaan yang diselakukan oleh komputer. 3. Jujukan peristiwa andaian yang menentukan input sistem penting dan parameter bagi model sistem pembuat keputusan. | Kamus Komputer |