Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.lah] | جومله

Definisi : 1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar: ~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2. banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai; sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): ke­rajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam; berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit; menjumlah membuat kira-kira campur; menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli se­buah rumah; terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: ke­luarganya ~ dlm golongan orang yg berada; terjumlahkan terkumpulkan, tercampur­kan; tidak ~ tidak terkira (terhitung); penjumlahan perihal atau perbuatan men­jumlahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.lah] | جومله

Definisi : 1 campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2 banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
overdrafist 1 (kemudahan) peng­gunaan wang dr bank yg melebihi jumlah simpanan. 2 jumlah wang yg dike­luarkan dr bank yg melebihi jumlah simpanan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jumlah cincangan(hash total)Nombor yang terhasil setelah menjumlahkan medan untuk semua rekod dalam fail. Hasil jumlah cincangan ini digunakan sebagai penyemak rekod fail. Hasil jumlah ini dikira semula apabila fail itu disemak semula. Jika ada rekod yang berubah atau telah dikemaskinikan, maka hasil jumlah cincangan yang baru ini akan berbeza dengan nilai kiraan asal.Kamus Komputer
saiz fail(file size)Jumlah rekod atau jumlah bait yang dimiliki fail.Kamus Komputer
aset bersih(Eko) lebihan jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan;Kamus Dewan Edisi Keempat
gandajumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri;~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan 1. hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. 2. yg digandakan atau yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu; cepat-cepat dll). pergandaan 1. hal berganda atau berganda-ganda:~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2. hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain.Kamus Pelajar
ganda-bergandaberlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali);Kamus Dewan Edisi Keempat
berganda-gandaber­lipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali);Kamus Dewan Edisi Keempat
nisbah keaktifan(activity ratio)1. Nisbah jumlah rekod dalam fail yang mempunyai keaktifan berbanding dengan jumlah keseluruhan rekod dalam fail. 2. Nisbah jumlah kerja dalam suatu masa bagi projek perkakasan atau perisian.Kamus Komputer
ganda1 jumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri; ~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. 2 yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu, cepat-cepat). berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. pergandaan 1 hal berganda atau berganda-ganda: ~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2 hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dua(jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu dgn tiga; ~ belas (jumlah) sepuluh dicampur dua (12); ~ kalimah kalimah syahadat; ~ puluh (jum­lah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); ~ ratus (jumlah) seratus didarabkan dgn dua (200); ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat; ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama); ~ tahun ketiga lewat dua tahun tetapi belum genap tiga; angka ~ ark tanda pergandaan (kata berulang); main ~ puluh satu sj permainan terup; ~ badan senyawa prb karib sekali; ~ kali ~ empat = ~ kali lima sepuluh = spt lima belas dgn tengah ~ puluh prb sama sahaja; antara ~ tengah tiga prb orang sakit yg hampir mati; dlm ~ tengah tiga prb tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yg tidak tetap, bimbang; dua-dua 1. = berdua-dua tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; 2. = dua-duanya dua kesemuanya: ~(nya) sama sahaja; berdua bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; berdua-dua ® dua-dua; berduaan, berdua-duaan berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua: kerana berasa kurang sedap berada ~ dlm bilik dgn seorang gadis, maka dia pun keluar; mendua 1. menjadi dua (bkn fikiran, per­buatan, dll): bunyi gendang itu hanya se­gelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~ hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2. kencang berlari (kuda); menduai menggenapkan jadi dua, menam­bah jadi dua: kalau engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau duai dgn yg lain; ~ isteri mengambil isteri kedua; ~ laki berkhianat kpd suami (isteri yg bermukah); menduakan menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami): pertimbangan antara akan ~ isterinya atau tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dlm hatinya; ~ Allah menganggap (melaku­kan spt) ada yg berkuasa selain Allah; menyeduai Mn mengurus ternak (sawah dll) orang dgn berbahagi keuntungan; menyeduakan Mn menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dll) dgn berbahagi keuntungan: ~ sawah; perdua 1. = seperdua setengah, satu drpd dua; seperdua umur (baya) separuh umur; 2. perkongsian (tanaman dll); berperdua berbahagi dua, berkongsi dua: Anuar menyerahkan seekor kerbau betina kpd Bibah utk dipelihara menurut cara ~ ternak di kampung; memperdua 1. membahagi dua (untung, hasil, dll): keuntungan jualan hari itu belum diperdua lagi; 2. mengusahakan ternak (sawah dll) orang dan hasilnya dibahagi dua: saya tidak sanggup utk ~ sawah saya yg sebidang itu; memperduakan 1. = menduakan; 2. me­nyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn berbahagi keuntungan, memawah­kan; kedua 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-dua­nya, keduanya dua-dua(nya): kedua-dua­nya tergelak kecil, lalu meneruskan per­jalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;keduaan keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur: ~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam; penduaan perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dll), pemawahan; pendua 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas