junjung II | kayu atau buluh tempat tanam-tanaman (spt kacang, sirih) melilit: spt kaduk naik ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
junjung I | ; menjunjung 1 membawa sesuatu di atas kepala: Terdaya dia ~ bakul yg penuh berisi padi itu. 2 mematuhi atau menurut (perintah dll): Patik ~ perintah tuanku. 3 menghormati; menghargai: Kami ~ segala nasihat tuan itu setinggi-tingginya. ~ duli a. menyembah raja. b. mengerjakan perintah raja. junjungan 1 sesuatu yg dijunjung: ~ itu sangat berat. 2 orang yg dimuliakan: ~ kita Nabi Muhammad SAW. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
junjung II | kayu atau buluh tempat tanam-tanaman (spt kacang, sirih dll) melilit: spt kaduk naik ~. | Kamus Pelajar |
junjung I | menjunjung 1. membawa sesuatu di atas kepala:Terdaya dia ~ bakul yg penuh berisi padi itu. 2. mematuhi atau menurut (perintah dll): Patik ~ perintah tuanku. 3. menghormati; menghargai:Kami ~ segala nasihat tuan itu setinggi-tingginya. ~ duli a. menyembah raja. b. mengerjakan perintah raja. junjungan 1. sesuatu yg dijunjung: ~ itu sangat berat. 2. orang yg dimuliakan: ~ kita Nabi Muhammad s.a.w.. | Kamus Pelajar |
junjung | kayu, buluh dsb yg menopang tanam-tanaman yg memanjat atau menjalar spt sirih, kacang panjang dsb: ~ sirih; menjunjung 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, memuliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai; ~ sangkak ayam prb Mn mendapat malu; dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu prb hukuman (aturan, perintah) yg sangat berat dan keras; kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek prb lebih mementingkan kerja orang lain drpd kerja sendiri; menjunjungkan mengangkat sesuatu ke atas kepala seseorang (utk dibawa); junjungan 1. benda yg dijunjung; 2. orang yg dimuliakan (khusus utk Nabi Muhammad SAW); 3. Mn suami; 4. galah tempat pokok menjalar atau memanjat, jalaran, junjung; berjunjungan bersuami; perjunjungan = ~ duli perihal menjunjung duli. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pergola | struktur berupa junjung atau gerbang drpd kayu atau besi (biasanya terdapat di taman) yg menjunjung tumbuh-tumbuhan memanjat dan dapat dijadikan lorong pejalan kaki bertutup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pergola | binaan (struktur) yg berupa junjung atau gerbang drpd kayu atau besi, biasanya terdapat di taman, yg diliputi tumbuh-tumbuhan memanjat dan kadangkala dpt dijadikan lorong pejalan kaki bertutup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jemala | kepala: Kurnia tuanku patik junjung di atas ~ patik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hujung atap | sj tumbuhan (pokok), junjung atap, Baeckea frutescens. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pucuk anjur | pucuk yg menganjur pd junjung (bkn pokok memanjat). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |