juruhebah | /juruhébah/ orang yg kerjanya menyiarkan berita dsb di radio dll; penyiar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
juruhebah | (juruhébah) 1. orang yg menyeru atau menyerukan (menyebarkan) sesuatu; 2. orang yg kerjanya menyiarkan berita dll atau menghebahkan rancangan di radio (televisyen dsb), penyiar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juruhebah | /juruhébah/ orang yg kerjanya menyiarkan berita dsb di radio dll; penyiar. | Kamus Pelajar |
penyeru | 1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan, juruhebah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghebahkan | 1 memberitahukan (berita dsb) kpd orang ramai melalui radio, akhbar dll: menyiarkan; mengumumkan: Juruhebah telah ~ berita itu di radio. Orang ramai bertepuk tangan apabila keputusan lompat jauh dihebahkan. 2 menyebarkan atau mengembangkan (agama, fahaman dll): Orang yg mula-mula ~ ajaran Islam di Nusantara tidak diketahui dgn pasti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hebah | /hébah/; menghebahkan 1 memberitahukan (berita dsb) kpd orang ramai melalui radio, akhbar dll: menyiarkan; mengumumkan: Juruhebah telah ~ berita itu di radio. Orang ramai bertepuk tangan apabila keputusan lompat jauh dihebahkan. 2 menyebarkan atau mengembangkan (agama, fahaman dll): Orang yg mula-mula ~ ajaran Islam di Nusantara tidak diketahui dgn pasti. penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan; pengumuman; penyiaran: ~ berita itu dibuat melalui RTM. ~ agama itu telah dilakukan oleh para mubaligh. penghebah orang yg menghebahkan (berita, sesuatu ajaran dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hebah | /hébah/; menghebahkan 1. memberitahukan (berita dsb) kpd orang ramai melalui radio, akhbar dll: menyiarkan; mengumumkan: Juruhebah telah ~ berita itu di radio. Orang ramai bertepuk tangan apabila keputusan lompat jauh dihebahkan. 2. menyebarkan atau mengembangkan (agama, fahaman dll): Orang yg mula-mula ~ ajaran Islam di Nusantara tidak diketahui dgn pasti. penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan; pengumuman; penyiaran: ~ berita itu dibuat melalui RTM. ~ agama itu telah dilakukan oleh para mubaligh. penghebah orang yg menghebahkan (berita, sesuatu ajaran dsb). | Kamus Pelajar |
seru I | ; kata ~ a) kata utk memanggil; b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); berseru 1. memanggil dgn berteriak (dgn suara nyaring): Mariam ~ dgn suara tinggi; 2. mempelawa, mengajak, menganjurkan: Presiden Park telah ~ kpd semua rakyat supaya bekerja dgn lebih kuat lagi; berserukan sl = menyerukan; menyeru memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim; pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd Allah; menyerukan 1. meneriakkan atau mengucapkan sesuatu dgn nyaring: seorang pegawai yg berpakaian hebat telah ~ suatu titah drpd yg maha mulia; 2. menghebahkan, mengkhabarkan, mengumumkan: keputusannya akan diserukan kemudian; 3. menganjurkan atau mengusulkan (supaya): rencana yg ~ supaya ada kerjasama antara sasterawan, wartawan, dan ahli sains Melayu sangat menarik perhatian; 4. = menyeru-nyerukan mengheboh-hebohkan, menggembar-gemburkan; seruan 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya; penyeruan perbuatan menyeru (menyerukan): Abu Talib telah memberi sepenuh-penuh sokongan kpd Rasulullah dlm ~nya itu; penyeru 1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan, juruhebah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |