jurusan | 1 tujuan; arah. 2 aliran bahagian pengajian atau mata pelajaran: ~ sains. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jurusan | 1. arah, tujuan: kapal terbang itu datang dr ~ Singapura; mereka berjalan ke satu ~; 2. bahagian pengajian (ilmu pengetahuan): dia mengambil kursus dlm ~ ekonomi; sekolah aneka ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurusan | 1. tujuan; arah. 2. aliran bahagian pengajian atau mata pelajaran: ~ sains. | Kamus Pelajar |
arah | 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkembangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, berhaluan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jambatan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, mengetuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau mengelolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perintah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): perancangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, perintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk membuat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru berpandu; 2. perihal mengarah (memberi tekanan pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Perkhidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dlm menasihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, kebolehan dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sediakanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukannya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aspek | /aspék/ segi pandangan; jurusan pandangan: Dr ~ ekonomi, projek itu merugikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ke belakang | 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arah | 1 hala yg dituju; jurusan: Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jam arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2 tujuan; maksud: berkata tidak tentu ~ berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. mengarahkan 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. arahan 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. ~ komputer ist arahan yg diberikan kpd komputer utk melaksanakan tugas tertentu. pengarahan perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. pengarah orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuju I | 1. arah, hala, jurusan: ke mana ~nya?; 2. = tujuan maksud, kehendak, sasaran; setuju 1. = setujuan sama arahnya (maksudnya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak bertentangan (pendapat, fikiran, dll), semuafakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai berpatutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); menyetujui, mempersetujui menyatakan bersetuju dgn, tidak menentang atau mem-bangkang (pendapat dll), membenarkan, mengiakan: rasa berat hati anakanda hendak ~nya; permintaan itu dipersetujuinya; menyetujukan, mempersetujukan menjadikan setuju, mencocokkan, mengakurkan, menyesuaikan; persetujuan 1. pernyataan setuju (memperkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; menuju 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu berjalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pembuluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; menujui menuju: tidak lama kemudian sampailah mereka ke negeri yg ditujui; menujukan 1. membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke, mengacukan ke: kapal itu hendak ~ haluannya ke laut; 2. mengalamatkan kpd, mengarahkan kpd, menyampaikan kpd: Radio Malaysia sedang merancang siaran dlm bahasa Perancis yg ditujukan kpd pendengar di Vietnam; tertuju 1. kena tuju, dituju; 2. = ~ kpd diarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, dituju-kan) kpd: kedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani; 3. ki tertumpu (pd): fikirannya ~ kpd gadis genit itu; tujuan 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; ~ penderita = pelengkap ~ Id objek (dlm ayat), penyambut (dlm ayat); bertujuan 1. mempunyai tujuan, ada yg dituju (dimaksudkan), berhaluan: nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka; 2. Id memakai penyambut atau objek (ayat dll); ketuju; ~ di hati a) tertarik hati, terpikat hati, suka; b) yg disukai, yg digemari; diketujui ark disukai, digemari; penuju; ~ di hati ketuju di hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fakulti | 1. sesuatu cabang atau jurusan pengajian atau ilmu pengetahuan di universiti: ~ perubatan; ~ sains; 2. wakil fakulti utk sesuatu pertandingan dll: pertandingan bola sepak yg akan diadakan minggu depan ialah antara ~ perubatan dgn ~ pertanian; 3. kemampuan (keupayaan) semula jadi otak atau jasad: hanya manusia sahajalah yg mempunyai kesemua ~ ini;manusia itu ialah sejenis makhluk bermasyarakat yg selalu menggunakan ~ pemikiran yg kritis utk meneliti dan mendalami masalah masyarakatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buyar | Jw mengalir ke segala jurusan, meresap berkembang, berserak, bercabang-cabang (fikiran); kertas ~ kertas kembang;membuyarkan membuat buyar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |