tatabahasa LL(k)(LL(k) grammar) | Tatabahasa bagi suatu bahasa tertentu yang digunakan dalam penghuraian LL. Huruf `k` melambangkan integer yang digunakan sebagai simbol pandang ke hadapan bagi membantu pemilihan dalam penghuraian. Lihat juga penghuraian LL. | Kamus Komputer |
algoritma pencincangan(hashing algorithm) | Algoritma yang menghasilkan fungsi cincangan F(K) untuk kunci K; fungsi ini pula akan menjanakan permulaan untuk pencarian cincangan bagi kunci K dalam suatu jadual cincangan. | Kamus Komputer |
k-ekonomi | /k-ékonomi/ ekonomi yg berasaskan pengetahuan, iaitu penggunaan ilmu dan teknologi yg lebih intensif dan meluas dlm semua sektor ekonomi serta dlm pengurusan awam dan korporat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kutub I | 1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk; ~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi; berkutub ada kutubnya (bkn sel dll); kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif; pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
k-ekonomi | ekonomi yg berasaskan pengetahuan, iaitu penggunaan ilmu dan teknologi yg lebih intensif dan meluas dlm semua sektor ekonomi serta dlm pengurusan awam dan korporat: dlm usaha negara menuju ke arah ~, tentu sekali perbelanjaan kerajaan dlm memajukan sektor IT akan bertambah secara berterusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
K | simbol kimia bagi kalium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
K | huruf ke-11 dlm abjad Rumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
k | huruf ke-11 dlm abjad Rumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
K | Singkatan bagi kilo. | Kamus Komputer |
hantukan | sentuhan ketika terhantuk: ~ itu menyebabkan dahinya benjol sedikit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |