kapuk I | 1. sj tumbuhan (pokok), kabu-kabu, Ceiba pentandra; 2. kabu-kabu (utk pengisi tilam, bantal, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapuk | 1 nama sj pokok atau buahnya (buahnya berisi kapas); kabu-kabu, Ceiba pentandra. 2 benda yg menyerupai kapas (utk diisikan dlm tilam, bantal dll); kabu-kabu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kapuk | 1. nama sj pokok atau buahnya (buahnya berisi kapas); kabu-kabu,Ceiba pentandra. 2. benda yg menyerupai kapas (utk diisikan dlm tilam, bantal dll); kabu-kabu. | Kamus Pelajar |
kabu-kabu hutan | sj tumbuhan (pokok), cengkering, kekabu jawa, membuluh, Zanthoxylum myriacanthum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabu-kabu | 1. sesuatu yg lembut dan kelihatan spt kapas (biasanya digunakan sbg pengisi bantal, tilam, dsb), kapuk; 2. sj tumbuhan (pokok), randu, Ceiba pentandra; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), cengkering, kekabu jawa, membuluh, Zanthoxylum myriacanthum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekabu | kabu-kabu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekabu | kabu-kabu. | Kamus Pelajar |
randu I | sj tumbuhan (pokok), kabu-kabu, kapuk, Ceiba pentandra. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tilam | lapik tidur yg dibuat drpd kain yg diisi dgn kabu-kabu dll, kasur; ~ berspring tilam yg di dalamnya terdapat lingkaran spring; ~ catur = ~ cekam (bercengkam) tilam yg dijahit pd beberapa tempat supaya padat (mampat); kain ~ kain cadar, kain penutup tilam; jatuh di atas ~ prb beruntung kerana berkahwin dgn perempuan cantik serta kaya dll; bertilam berlapik (memakai) tilam, berkasur: walaupun ia berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga dapat dilelapkan; ~ air mata sl menangis ketika tidur (orang dlm percintaan); ~ pasir prb tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat); bertilamkan mempunyai (menggunakan dsb) sesuatu sbg tilam: ~ susunan surat khabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapas I | 1. sj tumbuhan (pokok renek yg buahnya mengandungi serat utk dibuat benang), Gossypium spp.; pokok ~ bulan sj tumbuhan (pokok), medang ketanahan, kerabu, Xanthophyllum rufum; 2. sj kabu-kabu (kapuk) drpd buah kapas yg dibuat benang dll; benang (kain) ~ benang (kain) yg dibuat drpd kapas; spt ~ yg dibusur prb putih bersih (amat putih); untung bagai untung ~ prb perihal orang yg banyak tanggungannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |