Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ca] | کاچ

Definisi : 1. bahan yg lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dgn me­lakurkan pasir silika, oksida logam dan bahan­bahan lain, digunakan utk membuat tingkap, cermin, dll: cermin muka dibuat drpd ~; 2. = ~ muka cermin (muka); 3. ki cermin, contoh, teladan: keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya; ~ benggala cermin yg tebal (besar); ~ berliang kaca yg mengandungi liang halus yg digunakan dlm turas dll; ~ borosilikat sj kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca makmal; ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dsb; ~ keselamatan kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai sema­sa terkena hentaman (mis kaca utk cermin ke­reta); ~ mata a) cermin mata; b) pelihatan, (sudut) pandangan: dr ~ mata seniman; ~ pembakar kanta cembung yg menumpukan sinar matahari utk membakar; ~ pembesar(an) kanta kaca utk membuat benda yg dilihat kelihatan besar; bagai ~ terhempas ke batu prb sangat sedih atau kecewa; berkaca 1. menggunakan (memakai) kaca: tingkap-tingkap itu ~; ~ mata memakai kaca mata, bercermin mata; 2. = mengaca me­lihat muka (diri sendiri) dlm cermin, ber­cermin: bersolek sambil ~; 3. = berkaca­-kaca bersinar, berkilauan (bkn mata, air dll): matanya ~ kembali; memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ca] | کاچ

Definisi : muka surat, halaman (buku dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ca] | کاچ

Definisi : 1 benda yg hening dan keras tetapi mudah pecah (digunakan utk membuat jendela, dinding penyekat bilik di pejabat dll); gelas. 2 = ~ muka kaca yg dpt membalikkan cahaya atau bayang; cermin. ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta dsb. ~ mata a. alat yg dipakai utk membantu menerangkan penglihatan, utk bergaya dsb; cermin mata. b. pendapat; fikiran; (sudut) pandangan. ~ pembesar kanta yg dpt menjadikan sesuatu yg dilihat melaluinya kelihatan besar. berkaca 1 ada kacanya; memakai atau menggunakan kaca: ~ mata memakai kaca mata. 2 melihat muka atau diri sendiri dlm kaca; bercermin. 3 = berkaca-kaca bersinar (bkn air, mata dll); berkilauan: Wajahnya jelita dan matanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaca (kata nama)
Bersinonim dengan gelas, cermin, bayang, imej;,
Kata Terbitan : berkaca-kaca,

Puisi
 

Kain kaca berbunga dedap,
     Dibawa nakhoda ke negeri Keling;
Darah gemuruh rasa tak sedap,
     Kerana cinta sudah berpaling.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Bagai kera diberi kaca.

Bermaksud :

Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kera dapat bunga). (Bandingkan dengan: Memberi bunga kepada kera [monyet]).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkaca1 ada kacanya; memakai atau menggunakan kaca: ~ mata memakai kaca mata. 2 melihat muka atau diri sendiri dlm kaca; bercermin. 3 = berkaca-kaca bersinar (bkn air, mata dll); berkilauan: Wajahnya jelita dan matanya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sisip; ~ kaca kepingan kaca yg kecil dan tipis tempat meletakkan sesuatu yg hendak dilihat di bawah mikroskop. menyisip 1 ada di celah dua benda; menyelit: Sekeping gambar ~ di dlm bukunya. 2 mengganti sesuatu yg la­ma dgn yg baru (atap, papan dsb). 3 mengganti tanaman yg mati dgn yg segar. 4 masuk di celah-celah. menyisipkan 1 memasukkan atau meletakkan se­suatu di celah-celah dua benda; menyelitkan: Dia ~ kerisnya ke pinggang. 2 menggunakan sesuatu utk mengganti yg lama: ~ papan di lantai. tersisip 1 sudah disisipkan; terselit: Sebilah keris ~ di pinggangnya. 2 termuat atau terkandung dlm sesuatu. sisipan imbuh­an spt -el-, -em-, -er- yg disisipkan dlm sesuatu kata akar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wul; ~ kaca serat kaca yg dipintal halus spt kapas; ~ kapas kapas yg diolah menjadi putih dan bersih (biasanya digunakan utk tujuan perubatan); ~ keluli gumpalan serat keluli ygKamus Dewan Edisi Keempat
kaca borosilikatsj kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca makmal;Kamus Dewan Edisi Keempat
gelas1. bekas utk minum (sirap, air, dll) yg tidak bertangkai, biasanya dibuat drpd kaca: ~ anggur; 2. kaca: cincin-cincin itu bermata batu atau ~;bergelas-gelasan Mn melagakan layang-layang (berusaha memotong tali lawan) dgn tali yg dilekatkan serbuk kaca; menggelas melekatkan serbuk kaca pd tali layang-layang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaca keselamatankaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai sema­sa terkena hentaman (mis kaca utk cermin ke­reta);Kamus Dewan Edisi Keempat
masirberbutir-butir (spt pasir); kaca ~ sj kaca yg tidak licin (kesat seakan­akan berpasir); salak ~ buah salak yg selaput bijinya berbutir-butir.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelas1 bekas minuman yg tidak bertangkai dan biasanya dibuat drpd kaca. 2 bahan yg keras tetapi mudah pecah dan dpt dilantasi cahaya; kaca. 3 serbuk kaca yg digunakan utk melapisi tali layang-layang. menggelas melapis tali layang-layang dgn serbuk kaca.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaca1 benda yg hening dan keras tetapi mudah pecah (digunakan utk membuat jendela, dinding penyekat bilik di pejabat dll); gelas. 2 = ~ muka kaca yg dpt membalikkan cahaya atau bayang; cermin. ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta dsb. ~ mata a. alat yg dipakai utk membantu menerangkan penglihatan, utk bergaya dsb; cermin mata. b. pendapat; fikiran; (sudut) pandangan. ~ pembesar kanta yg dpt menjadikan sesuatu yg dilihat melaluinya kelihatan besar. berkaca 1 ada kacanya; memakai atau menggunakan kaca: ~ mata memakai kaca mata. 2 melihat muka atau diri sendiri dlm kaca; bercermin. 3 = berkaca-kaca bersinar (bkn air, mata dll); berkilauan: Wajahnya jelita dan matanya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memanipulasikan1 mengerjakan atau membuat sesuatu dgn cekap: Yg begitu menarik ialah meniup dan ~ kaca semasa kaca itu lembik. 2 menggunakan sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dpt mencapai sesuatu tujuan: Ahli-ahli politik mesti menghormati agama dan mengelak drpd ~nya. 3 melakukan sesuatu yg curang atau menggunakan sesuatu utk berbuat curang: ~ cek.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas